Semalam, Astro Awani melaporkan sekurang-kurangnya 500 kakitangan hospital di Wuhan, China sah dijangkiti novel koronavirus pada pertengahan Januari lalu.
Rata-rata jururawat yang dijangkiti ini adalah mereka yang bertugas di Hospital Wuhan Xiehe dan Hospital Renmin. Disebabkan itu, banyak hospital mengalami masalah kekurangan pekerja dan pada masa yang sama juga menimbulkan ketakutan dalam kalangan staf hospital mengenai kesihatan mereka.


Individu yang bekerja di hospital juga turut dikuarantin walaupun tidak disahkan positif coronavirus bagi mengelakkan penularan wabak ini secara lebih meluas. Walau apa yang berlaku, mereka tidak boleh ke mana-mana termasuklah jika ada kematian yang berlaku dalam keluarga.
Viral sebuah video menunjukkan seorang jururawat yang bertugas di Wuhan tidak dapat menahan kesedihan apabila dia dimaklumkan tentang kematian ibunya di kampung.

Menurut WOB, jururawat itu menerima panggilan ketika sedang bertugas dan mendapat tahu ibunya sudah meninggal dunia. Lebih menyedihkan, dia tidak dapat pulang untuk memberi penghormatan terakhir kerana dikuarantin di hospital.
Video itu menunjukkan jururawat tersebut menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan sedih ketika menerima panggilan video daripada salah seorang ahli keluarga.


Beberapa rakan sekerja dilihat cuba menenangkannya dan meskipun dalam keadaan begitu, dia terus kuatkan diri dan kembali meneruskan kerja.
Tonton video meruntun hati itu:
https://www.youtube.com/watch?time_continue=27&v=0M9Yr0AtJOY&feature=emb_title
Sedihnya!!! Tapi, tulah nak buat macam mana kan tengah darurat…

