Semalam telah berlakunya gempa bumi berskala 7.3 Ritcher yang melanda wilayah Fukushima, Jepun sehingga amaran tsunami terpaksa dibuat oleh pihak berkuasa supaya orang ramai lebih berhati-hati.
Amaran tersebut terpaksa dibuat disebabkan dari gegaran yang menjadikan paras air di beberapa kawasan pengairan telah naik sehingga 30 sentimeter dari kebiasaannya.
Ekoran itu, turut ramai juga yang kongsikan keadaan sebenar semasa kejadian itu berlaku. Seperti satu perkongsian di TikTok milik @daddyevecool ini, dia telah memuatnaik klip video live dari individu yang dikenali sebagai Apak ketika Jepun dilanda gempa bumi.
@daddyevecool Gempa bumi time apak live… Scary geng?…. Yg terbaiknya pihak berwajib dh prepare.. Hebat Japan…#fyp #fypシ #berandatiktok #gempabumi #japan
“Steady je tengah gempa, dia boleh pegang phone”
Perkongsian video itu telah menarik perhatian orang ramai kerana penduduk-penduduk di negara matahari terbit dilihatkan tidak terus bertindak cemas malah mereka boleh dikatakan tenang semasa mengalami gegaran. Orang pun tak ramai haa kat luar…
“Diorang dah biasa sebab tu ada yang rilek je” – Komen netizen
Sementara itu, di bahagian komen, ramai yang kagum dengan persiapan awal pihak berkuasa Jepun kerana berjaya mengawal keadaan walaupun gempa yang berlaku agak kuat sehinggakan bekalan elektrik terputus di sana.
Difahamkan negara Jepun telah buat persiapan awal yang mana pihak berkuasa di sana dengan mengeluarkan notis awal 30 minit sebelum kejadian sebagai langkah berjaga-jaga. Malah, kelihatan juga dalam video tersebut beberapa kenderaan polis yang membuat rondaan.
Bagusnya diorang… Betul-betul cepat bertindak. Tambah pulak diorang ni dah biasa, so diorang dah tahu apa patut buat kalau jadi gempa macam ni…
Baca: “Kami turun pakai pyjamas sebab cemas sangat” – [VIDEO] Gempa Bumi 7.3 Ritcher Landa Jepun