Seandainya ada yang beranggapan bahawa pakaian wanita punca menaikkan nafsu lelaki, kes yang terjadi ini pasti buatkan tanggapan itu tidaklah betul sepenuhnya.
Satu video kejadian kelakuan aneh daripada seorang lelaki terhadap para jemaah wanita di masjid ini telah membuatkan ramai netizen beranggapan bahawa bukan semua tempat selamat daripada ancaman lelaki pervert ni.
“Nak ngintai tak clean”
Pada asalnya video tersebut dikongsikan oleh Zuhaila Zainal di TikTok dan telah meraih lebih daripada sejuta tontonan sebelum ia tersebar ke Twitter sehinggakan raih lebih daripada 4,000 jumlah retweets.
Kelihatan langsir yang menjadi penghadang antara jemaah lelaki dan wanita itu terselak, menurut Zuhaila lelaki tersebut nak mengintai jemaah wanita, malah video yang berdurasi 1 minit 9 saat ini turut memperlihatkan lelaki tersebut masukkan tangannya, seolah-oleh meraba sesuatu.
Pada waktu ini dilihat jemaah wanita dah mula menjauhkan diri mereka namun lelaki tersebut tetap melakukan perkara yang sama.
@zuhailazainal Reply to @moshimoshi732 btw dari kecik pergi masjid ni, takda pun spesis macamni .. first time muncul ja ni. #fypシ
Ketika dihubungi oleh Lobak Merah, Zuhaila menyatakan bahawa kejadian ini berlaku pada 6 Mac ketika mendengar ceramahselepas solat Maghrib.
Katanya lagi, kejadian ini berlaku di sebuah masjid di kawasan Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Nama masjid disulitkan.
Penjelasan ini dibuat kerana ramai netizen salah anggap kerana sangka bahawa kejadian ini berlaku ketika solat Tarawih kerana ia mula viral di Twitter sejak puasa pertama lepas.
Bagaimanapun, melihat kejadian ini, memang netizen anggap bahawa rumah ibadah pun bukan lah tempat yang selamat daripada ancaman ini bahkan ramai wanita rasa gerun apabila melihatnya serta marah.
Scary – Netizen
Hati-hati lah lepas ni, lagi-lagi bulan puasa ni, mesti orang pelik-pelik ni ramai. Tapi, kalau ya pun dalam masjid kot, takkan lah sampai macam tu sekali.
Baca : Gadis Ini Kongsi Pengalaman Diganggu Lelaki ‘Pervert’ Waktu Jalan-Jalan Di Pasar Seni