Terkejut admin dibuatnya!
So, baru-baru ni ada satu tweet daripada individu yang mendapat perhatian ramai, lagi-lagi dengan video yang dikongsikan dalam tweet yang sama. Video pendek tu tunjuk ada seekor kera yang dah mati digantung pada pokok.
Rupanya strategi pekebun
Of course ramai yang terkejut tengok video ni. Tapi, individu berkenaan menjelaskan bahawa ianya adalah salah satu strategi pekebun guna nak halau dan halang kebun mereka daripada diserang oleh haiwan itu. Betul ke ni?
Dapat kurangkan kebun diserang!
Bila ditanya if cara macam ni berkesan, individu tersebut memberitahu bahawa cara ni menjadi dan dapat mengurangkan kebun daripada diserang.
Ramai tak setuju guna cara ni
Bila guna cara macam ni, tak hairanlah ramai kurang senang dan turut kongsikan pendapat masing-masing.
Terpaksa buat sebab sering diserang
Walau bagaimanapun, ada yang kongsikan bahawa ini adalah cara yang terpaksa dorang buat terutamanya bila sering kali diganggu oleh haiwan spesis monyet ni.
Tengok video ni, apa pendapat korang? Ada tak strategi lain yang korang guna untuk halau monyet atau kera ni?
Baca: Video Celcom Pasal Haiwan Terbiar Ni Boleh Buat Korang Sebak!