Sejak beberapa hari lalu, khabar tentang perhubungan antara usahawan terkenal Dato’ Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya Iqbal Zulkefli, bukanlah menjadi rahsia lagi.
Dikhabarkan juga bahawa pasangan tersebut, akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. Nampaknya, persediaan mereka pun dah dimulakan dan macam ada bau-bau perkahwinan yang grand nanti.
Buat wedding dekat stadium?
Menerusi perkongsian terbaru oleh Dato Vida di TikTok, beliau ada mendedahkan perbualannya bersama Iqbal mengenai perancangan untuk perkahwinan mereka itu nanti.
Dalam video berkenaan, kedengaran Iqbal seakan secara perlahan-lahan dah mula mencari venue yang bersesuaian untuk majlis mereka.
Walau bagaimanapun nada kecewa jelas kedengaran daripada lelaki tersebut, selepas dia memberitahu bahawa sebuah hotel yang mahu dijadikan venue majlis mereka itu tidak menerima tetamu yang ramai.
Dia memberitahu bahawa pihak hotel hanya menerima sebanyak 250 orang tetamu, sebab perlu patuh kepada prosedur operasi standar (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mungkin disebabkan berfikir ini hanya pengalaman sekali seumur hidup, Iqbal memberitahu niatnya untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di sebuah stadium sebab boleh tampung tetamu yang ramai. Kenyataannya itu, nyata buat DSV jadi terkejut sebab tak menjangkakan idea sebegitu.
@datoserividaofficial Buat kat stadium mana? #datoserivida #viral #kahwin #fyp #fypシ゚viral
“Tak sabarnye nak tgk dato pakai baju pengantin”
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang seakan tidak sabar dengan majlis pasangan itu nanti. Ada yang mengatakan, teringin untuk melihat Dato’ Vida memakai busana pengantin yang cantik itu. Selain itu juga, ramai yang mendoakan supaya urusan DSV dan Iqbal dipermudahkan.
Wahh tak pernah lagi dibuat orang, majlis kahwin dekat stadium ni. Agak-agak stadium mana jadi pilihan mereka ni ya?