in

[VIDEO] “Ingatkan Customer Datang Bertanya, Rupanya Nak Merompak”

Untitled 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan kes wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan pada hari ini, agak wajar apabila majoriti daripada kita semua untuk memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan.

Namun, ada pula yang mengambil kesempatan dalam situasi genting ini apabila mereka menggunakan topeng muka untuk merompak!


2 9

Beberapa hari lepas, tular sebuah video di Twitter yang melihatkan sekumpulan anak muda memakai topeng muka untuk menyamun di KL Traders Square. Lebih menyedihkan, pemilik kedai tersebut hanya berseorangan ketika rompakan tersebut berlaku.

Modus operandi mereka mudah sahaja, seorang suspek akan berlakon seolah-olah bertanya kepada pemilik kedai. Selepas pintu kedai telah dibuka dan situasi di dalam kedai sudah dikenal pasti, lagi dua suspek menyerbu dan masuk ke dalam kedai untuk mulakan rompakan.

3 11

Dengan cuaca sekarang yang agak terik dan wabak Covid-19 yang menular, sudah pasti ramai di antara kita yang akan memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan. Kejadian seperti ini hanya akan menimbulkan rasa panik kepada orang ramai terharap orang lain.

Apa-apa pun, sentiasa berhati-hati okay!

BACA: Covid-19: Laman Web Ini Kongsikan Dengan Lebih Terperinci Tentang Lokasi Yang Pernah Dikunjungi Pesakit

cats 10

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.