Shaniena Natasya atau lebih dikenali sebagai Niena telah berkongsi kisah sedihnya apabila dia mendakwa telah ditipu sebanyak RM180,000 oleh kenalannya yang bekerja sebagai seorang wedding planner.
Niena yang juga merupakan seorang influencer dan usahawan kosmetik itu menceritakan semula kejadian tersebut menerusi sebuah posting yang dibuat melalui akaun Instagramnya serta menjelaskan dia terpedaya dengan helah individu tersebut.
https://www.instagram.com/p/CsLd1VoJIzP/
“Saya sebenarnya tak nak riuh pun benda negatif macam ni. Saya baru habis majlis perkahwinan nak mood happy-happy je.”
“Ramai saja nasihatkan saya seblum nak kahwin jangan ambil (pakej) dengan dia tapi saya anggap dia sebagai kawan.”
“Masa mula perbincangan dengan dia, bridal cakap RM100,000 (harga pakej). Saya pun bayar jumlah tu sebab kita faham memang harga macam tu dekat hotel bertaraf lima bintang,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Menurut Niena, wedding planner tersebut telah meminta dia dan suami untuk membuat bayaran penambahan sebanyak RM60,000 setelah dua minggu mereka menyelesaikan pembayaran seperti yang dijanjikan.
Atas dasar toleransi dan demi memahami situasi berkenaan, Niena dan suaminya telah bersetuju untuk membayar kos tambahan seperti yang dinyatakan kerana sedar majlis perkahwinan mereka bukanlah biasa-biasa.
Bagaimanapun, Niena mula berasa ragu-ragu apabila individu tersebut meminta mereka untuk membayar lagi tambahan RM50,000 sehari sebelum majlis mereka berlangsung.
Penipuan itu hanya mula diketahui Niena apabila lelaki tersebut didakwa cuba melarikan diri apabila Niena tidak lagi mempunyai akses untuk memasuki bilik hotel pada jam 3 pagi selepas majlis perkahwinannya selesai.
https://www.instagram.com/p/CsJNfTOp88c/
Difahamkan melalui screenshot yang dikongsi oleh Niena, bridal tersebut turut didakwa tidak membayar kos hotel, jurugambar dan tukang hias.
Lebih mengecewakan apabila lelaki berkenaan dituduh menggunakan wang itu untuk perbelanjaan peribadinya.
Niena turut membuat satu laporan di Balai Polis Batu Feringghi, Pulau Pinang susulan kejadian yang berlaku selepas majlis perkahwinannya.
Kesian Niena, baru habis majlis kahwin dah kena fikir macam-macam…
Baca : “Ada yang kami kena buang” – ‘Wedding Planner’ Sedih Pelamin Terbiar & Dilonggok Pihak Kanopi