Kehadiran seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Baginda Rasulullah SAW iaitu Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi ke Malaysia baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai.
Terbaru, salah satu video individu ini yang berasal dari Maghribi telah tular memaparkan beliau berada di dalam satu majlis sambil dikerumuni tetamu yang hadir.
Keberadaan Mawla Muhammad tentunya membuatkan ramai yang teruja dan mengambil peluang tersebut untuk bergambar dengannya pada majlis itu.
Walau bagaimanapun, di dalam video itu aksi seorang lelaki berserban sedang membantu mengupas kulit udang pada Mawla Muhammad telah mendapat perhatian ramai, lapor mStar.
“Dia pun tak mintak dilayan macam tu”
Video yang dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Daisy Rose ini telah meraih sebanyak 1.8 juta tontonan.
Meskipun ada yang berbalah di ruang komen mengenai perkara yang dilakukan individu itu terhadap Mawla Muhammad, ada juga yang mengatakan kemungkinan besar Mawla sendiri tidak selesa dengan layanan ‘istimewa’ yang diberikan orang terhadapnya.
Terdahulu, nama Mawla Muhammad menjadi sebutan ramai selepas tular dia datang ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul.
Namun, perkara itu menjadi kecoh apabila program yang direncanakan terpaksa dibatalkan selepas tidak mendapat kelulusan jabatan agama di negeri seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan.
Baca: Kecoh Program Pendakwah Didakwa ‘Keturunan Nabi Muhammad’ Dibatalkan, Rupanya Ini Yang Berlaku…