Esok, 23 Februari akan berlangsung sebuah konsert daripada kumpulan Westlife yang akan berlangsung selama 2 hari di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa gara-gara melihat peraturan yang ditetapkan penganjur konsert tersebut.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat wanita tersebut meluahkan rasa bengang apabila dia mengetahui bahawa konsert tersebut tidak akan membenarkan rakaman mahupun pengambilan gambar semasa konsert sedang berlangsung.
https://www.tiktok.com/@siz_rina/video/7202572390360993050
“Ngopi jap, tengah stress dengan Westlife concert f**king rules from organizer. Penat aku clearkan storage hp. Paid ticket for RM800 then photo/recording are not allowed??”
“Doors open 7PM, concert start 8:30PM. Are you kidding?,” tulisnya di video berkenaan.
Difahamkan, penganjur konsert berkenaan telah melarang segala bentuk rakaman dilakukan semasa artis antarabangsa itu sedang melakukan persembahan.
Apa yang membuatkan netizen bengang adalah harga tiket persembahan yang telah dibayar itu boleh dikatakan agak mahal namun penonton tidak dapat merakam momen indah mereka semasa konsert tersebut.
Melalui akaun rasmi Instagram penganjur, telah dimaklumkan beberapa peraturan yang harus dipatuhi oleh para penonton.
“Memang betul-betul strict tak bagi rekod” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terkejut dengan peraturan yang ditetapkan oleh penganjur dan ada juga netizen yang pernah lalui perkara sama di sebuah konsert berasingan yang dianjur oleh penganjur yang sama.
Pehhh betul-betul strict ni nak record pun tak boleh…