in

[VIDEO] Ibu Mandikan Anak Hidap Ekzema Dengan ‘Bleach’, Doktor Tampil Beri Penjelasan

Fi Bleach Rawat Ekzema

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita cakap soal rawatan kepada sesuatu penyakit, kadang-kadang ada sesetengah itu yang lebih selesa dengan kaedah rawatan tradisional berbanding bertemu dengan pakar.

Namun pernah tak korang sangka, bahawa barangan harian yang tak kita sangka turut boleh dijadikan bahan rawatan untuk merawat penyakit macam kisah ni.


 

Mandikan anak guna bleach

Baru-baru ini, viral sebuah video terhadap tindakan seorang wanita di luar negara ini sedang memandikan anaknya yang masih kecil.

Walau bagaimanapun apa yang menjadi perhatian adalah dia dilihat mencampurkan bleach ataupun peluntur ke dalam tab mandi anaknya yang didakwa mengalami penyakit ekzema.

Bleach Rawat Ekzema 1

 

Baik untuk rawat ekzema?

Akan tetapi, tindakan wanita tersebut mendapat perhatian seorang doktor kulit yang dikenali sebagai Doktor Ingky, ada menjelaskan tentang kebaikan peluntur ini dalam merawat penyakit ekzema tersebut di laman TikToknya.

Doktor tersebut mengatakan, bahawa peluntur ini juga turut disarankan oleh doktor-doktor lain bagi merawat ekzema terutamanya untuk golongan bayi.

Menurutnya, bleach ini membantu bagi membunuh kuman dan mengelakkan daripada bayi tersebut untuk menggaru pada bahagian yang mempunyai penyakit tersebut.

Selain itu juga, beliau turut menasihatkan untuk menggunakan peluntur tersebut sebanyak seminggu sekali atau dua kali bagi merawat ekzema berkenaan.

@dr_ingky

#stitch with @jessicaanne97 peluntur dalam air mandi? #learnontiktok #jombelajar #tiktokguru #skincaremalaysia

♬ original sound – dr_ingky – Dr ingky

Bukan itu saja, doktor ini juga turut ada memberi sukatan bancuhan yang sesuai sekiranya kaedah ini ingin diikuti oleh orang ramai.

Bleach Rawat Ekzema 4 Edit

 

“Serius la doktor?”

Di ruangan komen, penjelasan doktor tersebut nyata mengundang pelbagai persoalan daripada netizen. Ada yang terkejut, sebab menjangkakan peluntur ini bukannya satu bahan yang patut digunakan bagi merawat ekzema itu.

Tetapi ada juga turut berkongsi pengalaman mereka, yang menggunakan kaedah ini bagi merawat penyakit tersebut.

Reak Bleach Rawat Ekzema 1 Edit Reak Bleach Rawat Ekzema 3 Edit Reak Bleach Rawat Ekzema 4 Edit Reak Bleach Rawat Ekzema 2 Edit

Min pun tak sangka bahan peluntur ni boleh merawat ekzema. Ada sesiapa yang pernah guna kaedah ni juga tak?

 

Baca : Penduduk Bolivia Terdesak Cari Penawar COVID-19, Sanggup Telan Agen Peluntur

Foot Bleach Rawat Ekzema

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.