Dialah ibu dan dialah bapa, itulah pengorbanan seorang abang menjaga kebajikan dan mencurahkan kasih sayang kepada adiknya setelah kehilangan ibu bapa.
Tular sebuah video di TikTok yang menunjukkan keakraban adik-beradik ini telah menarik perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang pemuda berlari apabila ternampak kehadiran abangnya dan terus memeluk sehingga menangis kegembiraan kerana dapat bertemu dengan abangnya itu.
@devarjuna Dpt call dr adik tnye mri x hr kluarga kt akademi… kbo x leh mari sbb keje… bru ada kt karak ondway blk dr klang…. hurmmm…. x pe la, ye kate…. bunyi sedih je …. kita plk srba slh😢 trus pecut lori dr karak blk trg… tembaj naik ipoh teruss … x pe la, tgk ye blari2 hungga ke kita, hilang letih😅😅😅
Abangnya berkongsi menyatakan bahawa dia menerima panggilan daripada adiknya yang bertanya tentang kehadirannya ke hari keluarga di akademi adiknya.
Dia yang bekerja sebagai pemandu lori memaklumkan tidak dapat hadir kerana masih bekerja namun berubah fikiran selepas adiknya memberi respon seperti bersedih.
“Dapat panggilan daripada adik tanya datang tak hari keluarga di akedemi. Beritahu tak dapat datang sebab kerja, baru ada di Karak dalam perjalanan balik dari Klang.
“Tak apa lah dia kata, macam sedih. Kita serba salah terus pecut lori dari Karak ke Terengganu naik Ipoh terus. Tak apa lah, tengok dia berlari-lari dekat kita hilang letih,” tulisnya.
“Abang yang hebat”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak dengan situasi yang dihadapi adik beradik ini. Malah, ramai memuji sikap prihatin dan kasih sayang seorang abang kepada seorang adik.
Perkongsian video itu mendapat lebih 870,000 jumlah tontonan dengan lebih 7,000 komen dalam masa satu hari.
Baca: Ingin Selamatkan Adik, Abang ‘Lastik’ Penculik Dengan Objek Rambang