in

[VIDEO] Hilang Selera! Pelanggan Dah Habis Makan Baru Perasan Ada Ulat Hidup Dalam Ayam Goreng

ft ayam goreng berulat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara aspek utama yang harus dititikberatkan dalam penyediaan makanan adalah kebersihan kerana ia adalah faktor utama pengukur kualiti makanan tersebut. Kalau makanan tu kotor atau basi mesti tak ada orang nak makan kan?

Baru-baru ini sebuah video di TikTok telah menjadi tular selepas meraih 3.2 juta jumlah tontonan dalam masa 24 jam ia dimuat naik, memaparkan beberapa orang pelanggan yang dilihat berada dalam situasi yang tegang.


@shamkapt

ingatkan bising bising kenapa, rupanya mereka terkena, dah nak habis makan baru perasan,..#fypmalaysia #KKM #MPPJ #fyp #tiktokmalaysia

♬ original sound – Sham Kapt – Sham Kapt

“Ingatkan apa bising-bising kenapa, rupanya mereka terkena, dah nak habis makan baru perasan,” tulis pemilik akaun tersebut.

Menerusi video tersebut, kelihatan keadaan yang kecoh di sebuah kedai makan yang tidak dinyatakan lokasinya serta dua orang lelaki sedang berdiri.

Bagaimanapun, apabila perakam berkenaan menunjukkan makanan mereka yang sudah habis dimakan, dapat dilihat ayam yang berada di atas pinggan mereka dipenuhi dengan ulat yang berwarna putih.

Apa yang membuatkan netizen terkejut adalah, keadaan ulat tersebut yang masih hidup dan bergerak-gerak di dalam isi ayam goreng tersebut.

Kejadian tersebut bukan sahaja berlaku kepada salah seorang daripada mereka, tetapi ia terjadi kepada beberapa orang pelanggan.

Screenshot 4

Screenshot 7 1 1

“Aku takkan makan kat kedai mamak… Minum boleh la” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli dengan kejadian yang menimpa pelanggan tersebut dan ada juga warganet yang berkongsi kisah mereka yang seakan-akan sama sehingga membuatkan mereka kini tidak lagi berselera untuk makan di mana-mana kedai mamak.

Selain itu, ada juga netizen yang mendakwa kejadian tersebut berlaku disebabkan tindakan kedai tersebut yang mengguna semula (recycle) lauk mereka beberapa hari sampai menyebabkan makanan mereka tidak fresh.

Screenshot 8

Erkk ulat tu hidup lagi masalahnya.. Masih gerak-gerak lagi pulak tu..

Baca :  [VIDEO] Kecewa Mi Goreng Sotong Berulat, Netizen Dakwa Kedai ‘Famous’ Kena Sihir?

collage 34 728x383 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.