Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang dimuat naik oleh @syaatiaa97, dia berkongsi cara dia memegang bayinya walaupun dia menghidap sindrom tourette.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat wanita tersebut sedang mengalami ‘tics’ yang merupakan bunyi atau pergerakan yang berlaku secara tiba-tiba dan berulang kali.
Difahamkan, ‘tics’ tidak dapat dikawal oleh seseorang yang menghidap sindrom tourette ini dan ada yang mengatakan ia boleh membahayakan orang di sekeliling kerana pergerakan yang dilakukan tidak dapat dikawal oleh individu tersebut.
https://www.tiktok.com/@syaatiaa97/video/7208126900395379994
Pada waktu artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.4 juta jumlah tontonan serta meraih lebih 120K jumlah likes dalam masa kurang daripada sehari di platform TikTok.
Dari video tersebut, kelihatan setelah wanita itu mendukung bayinya ‘tics’ tersebut akan berhenti dengan sendirinya apabila dia berasa tenang.
Menurut wanita itu lagi, dengan cara mendukung bayi atau meluangkan masa bersama anaknya adalah salah satu terapi yang dilakukan agar dia berasa tenang.
Mungkin ramai yang tidak tahu, menurut sebuah portal kesihatan, sindrom tourette adalah gangguan neurologis yang mempengaruhi otak dan saraf. Sindrom ini biasanya akan menyebabkan individu berkenaan membuat gerakan atau suara secara tiba-tiba yang dikenali sebagai ‘tics’
https://www.tiktok.com/@syaatiaa97/video/7207086949012704539
Selain itu, Tia juga turut memuat naik sebuah video berasingan di akaun TikToknya untuk menerangkan kepada pengikutnya tentang sindrom tourette itu.
Dia turut menitipkan pesanan agar orang ramai diluar sana agar tidak mengejek mereka yang menghidap sindrom tersebut.
“Jangan la judge kitaorang, mock kitaorang ataupun ejek-ejek,” katanya.
“Kuasa Allah tics Tia reda bila dengan baby” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh setelah melihat Tia mendukung bayinya itu dan ada juga warganet yang mendoakan kesejahteraan Tia.
Comel je tengok dia dukung baby dia..
Baca : “Besar pahala kau” – [VIDEO] Lelaki Menghidap ‘Tourette Syndrome’ Kongsi Cara Solat