in

[VIDEO] Gudang Terbakar, Founder Jenama Terkenal Tawar Ganjaran RM100,000 Jika Jumpa Pelaku

Gudang Terbakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah gudang jenama pakaian terkenal, Elrah Exclusive dilaporkan terbakar dalam kejadian dipercayai berlaku semalam.

Kejadian itu dikongsikan sendiri oleh pemiliknya, Syed Ahmad Syed Salim menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagram miliknya.


Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat keadaan gudang selepas kebakaran dengan kehadiran anggota bomba yang dipercayai dalam usaha untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Selain itu, turut dipaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mana kelihatan seorang individu memanjat masuk pagar gudang tersebut dan beberapa lagi rakaman perlakuan mencurigakan individu terbabit.

https://www.instagram.com/p/CnMTgqmqvA0/

Justeru, pemilik Elrah Exclusive telah menawarkan ganjaran RM100,000 kepada mereka yang berjaya menjumpai pelaku tersebut.

“Saya terpaksa buat keputusan ini untuk memastikan keselamatan stock2 agent saya tahun ini. Di sini ada beribu harapan agent untuk buat duit. Saya tidak boleh bagi mereka untuk menghancurkan harapan agent2 saya. Tolong bantu saya share dan jumpa pelaku yang berhasad dengki ini.”

Beliau juga memaklumkan sebelum kejadian berlaku, pekerjanya memberitahu bahawa ada kelibat individu ulang alik di depan gudang dengan menaiki motosikal pada pukul tiga pagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen mendoakan usaha mengesan individu terbabit dipermudahkan.

Kejadian ini juga mengingatkan kepada tragedi kebakaran sebuah syarikat tesktil terkenal yang berlaku di Shah Alam baru-baru ini.

Baca: “Kat mana nak beli baju raya?”- Ramai Sedih Tengok Jakel Seksyen 7 Shah Alam Terbakar

F3 Ba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.