in

[VIDEO] Gara-Gara Hadap ‘Aircond’ Terlalu Lama, Lelaki Ini Terpaksa Tanggung Bell’s Palsy

LELAKI KENA BELLS PALSY

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa yang korang akan buat untuk sejukkan badan lebih-lebih lagi sekarang ni hujan sangatlah kurang tapi cuaca panas tu sangat dahsyat seolah-olah matahari ada sejengkal atas kepala sahaja. Mesti ramai yang akan aktifkan penghawa dingin dekat rumah terutama sekali bila nak tidur. Confirm selesa dan nyenyak kan?

Muka kaku sebelah bahagian sahaja


Namun, siapa sangka penggunaan aircond mampu datangkan kesan buruk kepada kita? Baru-baru ini, tular seorang lelaki @sugarglow dari negara seberang, Indonesia memuat naik satu video di TikToknya berkongsi perubahan pada wajahnya yang seakan-akan kaku hanya pada sebelah bahagian.

@sugar_gloww

Jaga kesehatan ya kalian ? #bellspalsy #fisiotherapy

♬ suara asli – sadvibes? – Sadvibes?

Terdedah ‘aircond’ terlalu lama, terpaksa buat rawatan fisioterapi

Menurut lelaki ini, dia disahkan menghidap Bell’s Palsy iaitu kelumpuhan pada separuh wajah kerana sering terdedah dengan udara sejuk penghawa dingin. Akibatnya, dia mengalami kesukaran untuk makan, minum, membasuh dan mandi sehingga terpaksa berusaha gigih untuk mengerakkan bahagian otot yang terjejas.

Dalam sebuah video berasingan, jejaka berkenaan dilihat turut menjalani rawatan fisioterapi walaupun ketika itu dia sedang bercuti. Bahkan, dia sempat berpesan kepada orang ramai supaya lebih menjaga kesihatan dengan baik.

Lelaki kongsi tips elak terkena Bell’s Palsy

Antara tips diberikan adalah kurangkan penggunaan motosikal, elakkan daripada terkena aircond dan pakai hoodie serta penutup telinga ketika keluar.

Menjengah ke ruangan komen, netizen mendoakan kesembuhan jejaka ini dan ada juga yang bercerita pengalaman sama terkena penyakit ini dan sempat berkongsi beberapa tips untuk merawatnya.

komen 1

Jadinya, sama-samalah kita cuba cegah dan harapnya dijauhkan dari Bell’s Palsy ini!

Baca: “Diserang Bell’s Palsy Sehingga Bibir Senget, Adibah Noor Akui Sukar Bercakap Seperti Biasa”

b

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.