Zaman sekarang dah jadi perkara biasa pula bila orang kongsi kisah peribadi. Kira kata orang, dah takde privacy. Tapi, ada masanya sesuatu perkara tu lebih elok kita sampaikan depan-depan daripada melalui media sosial.
Macam seorang lelaki dari Indonesia ini yang dikecam ramai netizen kerana meminta maaf kepada isterinya melalui TikTok. Menggunakan username @zhoelqiflyas, lelaki itu menunjukkan keadaan rumah mereka yang bersepah dengan pinggan mangkuk dan makanan bertebaran atas lantai.
Mengikut deskripsi yang diletakkan di dalam video, sebelum video itu dirakam, telah berlaku satu pergaduhan besar antaranya dan isteri. Dek kerana tidak dapat mengawal emosi, dia telah membaling dan menghempas barangan yang ada di rumah hingga pecah dan berantakan.
Tak bisa kontrol emosiku. Semua barang pun jadi hancur. Maafkanlah suamimu ini.”
https://twitter.com/menteridigital/status/1336445453114675200
Video yang dapat lebih 2.4 juta tontonan itu dimuat naik semula di Twitter dan mendapat perhatian serta kritikan ramai netizen Indonesia yang kecam tindakan lelaki itu. Sudahlah habis barang rumah dihancurkan, lepas tu tidak minta maaf secara bertentang mata dengan isteri. Sebaliknya, buat video TikTok dan canang pada orang lain masalah rumah tangga sendiri.
Bagaimanapun, menurut Coconuts, lelaki itu telah pun membeli pinggan, mangkuk dan beberapa peralatan dapur yang baru. Melalui sebuah video yang lain, lelaki itu berkata sebenarnya isteri dia yang pecahkan semua barangan rumah tu dan dia sebagai suami perlu beli yang baru.
Istri yang pecahkan semua, suami yang beli lagi
. Jangan diulangi lagi ya istriku.”
@zhoelqifli terpaksa belanja lagi???
Ramai yang bengang dan menyampah dengannya kerana ‘play victim’ dan tiba-tiba menyalahkan isterinya pula. Padahal video sebelum tu, dia sendiri mengaku tak boleh kawal emosi dan baling barang sampai pecah. Ada juga yang menegurnya supaya tak gunakan masalah rumah tangga bersama isteri sebagai content di media sosial.