Jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak ternilai demi memastikan anaknya sentiasa dalam keadaan yang selamat dan sebab lengkap.
Begitulah yang dilakukan seorang wanita yang sanggup mencari wang lebih demi menggembirakan hati anak perempuannya.
Situasi itu dikongsikan menerusi sebuah video di laman TikTok @salonmedan yang mana seorang ibu membawa anaknya ke salun untuk melakukan rawatan rambut.
https://www.tiktok.com/@salonmedan/video/7198850155087449370
Dapat dilihat daripada video itu, anak perempuannya sering mengadu diejek rakan-rakan kerana keadaan rambutnya yang kembang dan keriting sehingga membuatkannya hilang keyakinan diri.
Tidak mahu melihat anaknya bersedih, ibu tersebut membawa anaknya ke salun kecantikan rambut di situ. Namun, si ibu tidak dapat menemani anaknya kerana perlu bekerja untuk mencari wang bagi membayar kos rawatan rambut.
Selepas beberapa ketika, ibu tersebut kembali ke salun untuk menjemput anaknya dan terkejut melihat perubahan rambut yang sudah lurus dan bersinar.
https://www.tiktok.com/@salonmedan/video/7199970990942686469
“Umur ibu memang terbatas tapi rasa cinta dan kasih sayangnya tak akan pernah ada batasnya,” tulis kapsyen pada video itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan berasa terharu dengan pengorbanan dan kasih sayang ibu tersebut kepada anaknya.

Pada masa yang sama, netizen turut merasakan rambut gadis tersebut sebenarnya sangat unik dan lawa jika dapat diuruskan dengan lebih baik.
Baca: [VIDEO] Anak Sulung Tersentuh Ibu Belikan Hadiah Sebab Selalu Tolong Jaga Adik-Adik

