Walaupun kita sudah menghampiri bulan keempat bagi tahun 2022 tambah pula dengan negara kita yang semakin melonjak naik ke arah pembangunan namun masih lagi ada yang menggunakan sihir dan juga ilmu hitam atas dasar dengki.
Tak dinafikan, perbuatan sihir ini masih lagi menghantui orang ramai sehingga ada yang terpaksa menanggung keperitan dan menderita semasa menerima rawatan secara rohani oleh pakar perubatan Islam.
Seperti satu video TikTok yang dikongsikan menerusi akaun @ezzahnellysa1, atau dikenali sebagai Nelly, dia telah menerima rawatan selepas mendakwa dirinya terkena buatan orang yang dipercayai atas sebab dengki.
@ezzahnellysa1 Doakan nelly sekeluarga semoga dijauhkan dari kejahatan dunia.
“Terjumpa barang sihir belakang kedai”
Menurut mStar, tiga bulan sebelum kejadian itu, Nelly yang juga merupakan pemilik sebuah kedai makan telah terjumpa barang sihir seperti jarum, syiling, duit kertas dan juga kertas yang berhampiran dengan kawasan kedainya.
Apa yang menjadi perhatian dari video yang terjadi pada Jumaat lalu adalah penderitaan dirinya semasa menerima rawatan dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan bantuan pakar perubatan Islam untuk kedainya.
“Mula2 memang nak suruh ustaz tengokkan kedai tapi bila makin dekat dengan kedai makin berdebar terus jadi kaku” – Nelly
Kelihatan juga Nelly meraung kesakitan ketika menerima rawatan dan kejadian itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan dirinya memandangkan Nelly sedang sarat mengandung hampir 9 bulan.
Difahamkan kini Nelly telah semakin pulih dan dia mengharapkan agar orang ramai mendoakan kesihatan dirinya bersama bayi memandangkan waktu bersalinnya juga sudah semakin hampir.
Min harap janganlah ada lagi yang tergamak nak gunakan sihir untuk jatuhkan orang lain. Semoga Nelly dan keluarga sentiasa dilindungi ya…
Baca: “Yang penting ada mukanya” – Perbualan Ustaz Dengan Dukun Sihir Pemisah Ini Buat Netizen Gerun