in

[VIDEO] Didakwa Belasah Rider, Dua Individu Bergaduh Tepi Jalan Berdepan Penjara Setahun

ft 2 lelaki bergaduh tepi jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video viral di media sosial semalam memperlihatkan 2 individu bergaduh di tepi jalan. Menurut Twitter @MALAYSIAVIRAL, difahamkan kejadian ini berlaku akibat keadaan jalan yang sesak dan pemandu kereta enggan bergerak sehingga menyukarkan penunggang motosikal lain untuk jalan.

 

Berdepan hukuman penjara setahun


Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Glenmarie, Shah Alam kelmarin. Penunggang tersebut ada menegur pemandu Naza Ria dan pergaduhan tercetus sebelum orang ramai datang meleraikannya.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1536618412402941954?t=TEDLguTKNtit_BVO7t89LA&s=19

Video tersebut telah meraih lebih daripada 3,000 jumlah retweets sejak ia dikongsikan semalam. Oleh sebab kejadian ini, pihak IPD Shah Alam telah tampil memberikan keterangan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Bin Ibrahim berkata, penunggang motosikal berumur 31 tahun itu telah membuat laporan polis selepas kejadian itu berlaku.

Katanya, kejadian itu berlaku pada 13/6/2022 kira-kira jam 7.15 petang, pengadu yang merupakan seorang lelaki melayu dan bekerja sebagai jururunding di Subang Business Centre ini membuat covering report sahaja.

286883386 399572808864368 6889779537895314502 n

Tambahnya, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk selesaikan secara baik.

“Mereka telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun atau denda yang boleh sampai RM 2,000 atau kedua-duanya.”

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.

Susulan itu, Mohd Iqbal menyatakan bahawa pengadu telah tarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.

Baca : [VIDEO] Kecoh Pelanggan Bergaduh di Restoran Siap Acu Pisau, Tindakan Lelaki Ini Dapat Pujian Netizen

Untitled design 2022 06 02T161500.580

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.