in

[VIDEO] Detik Cemas Tembok Asrama Perempuan di Kedah Runtuh Kerana Banjir

ft tembok asrama perempuan runtuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, beberapa kawasan di Kedah kini sekali lagi dilanda banjir, banyak kawasan dinaiki air dan menjejaskan para penduduk.

Berita Harian melaporkan bahawa setakat jam 2 pagi tadi, seramai 334 mangsa banjir dari sembilan kampung di daerah Baling dipindahkan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


Rentetan dengan bencana alam yang menimpa di negeri Darul Aman itu, satu video memperlihatkan keadaan di sebuah sekolah dinaiki air sehinggakan berlaku satu kejadian yang tidak diingini.

 

Tembok asrama pelajar perempuan runtuh

Dalam video pendek berdurasi 16 saat di TikTok itu, dilihat perakam menunjukkan keadaan di sekeliling sekolah tersebut yang dinaiki air banjir.

Tanpa diduga, satu tembok tiba-tiba runtuh, menurut pemilik akaun @iqbalmdhalid tembok tersebut merupakan tembok di kawasan asrama pelajar perempuan.

@iqbalmdhalid

Detik – detik tembok asrama perempuan jatuh? #esekeli

♬ original sound – Muhd Iqbal – Muhd Iqbal

Difahamkan, kejadian ini berlaku pada petang semalam dan ia telah meraih 1.2 juta tontonan dalam masa 20 jam ia dimuatnaik.

Menjengah ke ruangan komen, kejadian ini dikhabarkan berlaku di sebuah sekolah agama di kawasan Baling, Kedah.

Dalam pada itu, ada individu yang mendakwa bekas pelajar di sekolah tersebut menyifatkan banjir kali ini lebih teruk daripada ketika waktu dia jadi pelajar di situ pada 20 tahun lepas, katanya air tidak begitu deras seperti mana yang diperlihatkan sekarang.

Dalam pada itu, ramai warganet jadi bimbang dan berharap agar tiada orang disebalik atau berhampiran di tempok tersebut.

tembok asrama perempuan runtuh tembok asrama perempuan runtuh 2 tembok asrama perempuan runtuh 3 tembok asrama perempuan runtuh 4

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar penduduk-penduduk yang terjejas semuanya selamat. Kami dari Team Lobak Merah juga mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Amin.

Baca : Mayat Wanita Hamil & Ibu Mertua Lumpuh Ditemui Berpelukan Dalam Banjir Di Kedah 

Mayat Wanita Hamil Ibu Mertua Lumpuh Ditemui Berpelukan Dalam Banjir Di Kedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.