in

[Video] Comel! Gelagat Kucing Oyen Nama Tommy Berebut Pacifier Buat Ramai Geram

tommy8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing merupakan binatang peliharaan yang popular di Malaysia. Tak kira bangsa dan agama, ia tetap menjadi pilihan kerana kucing adalah binatang yang ‘mudah’ untuk dijaga selain rupanya yang sangat comel.

Buatlah rupa apapun, dorang masih terlihat comel. Cat parents akan faham hakikat ni, sebenarnya merekalah tuan rumah yang sebenar.


giphy

 

Gurau je!?

Korang tau kan, kucing ni ada je perkara-perkara pelik yang dorang buat. Berendam dalam longkanglah, minum dari Coway lah, macam-macam lagi lah.

 

Dapat pacifier taknak kongsi

Namun lain pula yang dikongsikan oleh wanita ini. Difahamkan, dia beli satu pacifier untuk kucingnya, namun tak sangka ia menjadi rebutan oleh mereka.

“Tak expect cenggini punya laku pacifier ni!”

Korang boleh tengok video kat bawah.

https://www.facebook.com/100000180897486/videos/pcb.4642847592455395/4140036329345689/

 

Tommy (oyen) kucing pertama yang gonggong puting tu taknak kongsi pula! Yang tak tahan, siap bawa lari naik tingkat atas. Biasa oyen ni!

Pemiliknya yang dikenali sebagai Bonda ini sering berkongsi tips penjagaan makanan kucing dan gambar-gambar dia bersama kucingnya namun yang paling popular adalah si oyen tersebut.

Tommy ni kira ‘star’ lah dalam group MEOWCIKED. Mana taknya, gebu!

 

Ini antara reaksi warganet

Dasar bdk demok semua dia punya.”

tommy1

 

Lain kali beli 4!

tommy3

 

Posting ini sudah mendapat kebenaran daripada pemilik asal, Maisalwa Isa.

 

Baca : [Video] Dulu Ayah Tak Kasi Bela Kucing Sebab Busy, Sekarang Ayah Pula Syok ‘Bergelek’ Dengan Si Bulus

FT KUCING FINAL

Sumber: facebook
Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.