Kehangatan filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan masih terasa sehingga kini. Masih ramai yang menonton filem tersebut di pawagam dan ia telah mencapai RM 80 juta kutipan dalam masa 25 hari tayangan. Hebat betul!
Filem sentuhan Syamsul Yusof itu meletakkan Datuk Adi Putra sebagai tunjang utama dan memegang watak sebagai pejuang tanah air, Mat Kilau.
Baru-baru ini, video bacaan Al-Quran oleh Datuk Adi Putra telah tular di TikTok dan menambat hati netizen, ramai yang memuji kelunakkan suara pelakon serba boleh itu dan ramai juga yang kagum dengan kelancaran bacaannya.
https://www.tiktok.com/@ketukhati_/video/7121545945086479643?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370
Dalam laporan Harian Metro, Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2019, Mohd Fakrul Radhi Khamarudin atau lebih dikenali sebagai Fakrul UNIC menyifatkan bacaan al-Quran dan taranum pelakon, Datuk Adi Putra adalah bagus dan tepat.
Fakhrul juga berkata bacaan ‘Mat Kilau’ itu juga persis bacaan Imam Masjidil Haram iaitu Imam Abdul Rahman Al-Sudais.
“Alhamdulillah, bacaan Datuk Adi Putra bagus, tajwid betul dan lagu ada tarannum Rast. Mungkin dia selalu mendengar bacaan Imam Masjidil Haram, Abdul Rahman Al-Sudais. Sebab itu bacaan yang selalu dialunkan Imam Al-Sudais” katanya.
Selain itu, Fakhrul yang juga personaliti TV Islamik itu berkata video yang tular itu adalah sesuatu yang bagus selain dapat memberi contoh kepada masyarakat.
” Apabila Mat Kilau bersilat dalam filem itu, ramai anak muda nak belajar silat, kiranya ada pengaruh yang sangat baik. Orang nampak ciri pejuang Melayu ditambah bahasa dan skrip dalam itu menterjemahkan keperibadian Mat Kilau itu sendiri.
Kalau kita membaca sejarah pun, Mat Kilau memang seorang yang kuat agama, mahir ilmu agama, al-Quran dan sebagainya. Dia bukan pejuang biasa.
Jadi, apabila tengok Datuk mengaji, baguslah dan kena dengan watak Mat Kilau itu. Anak muda yang tengok dan ikut, insya-Allah dapat ‘vibes’ yang baik. Tahniah dan teruskan, moga ada manfaat baik untuk semua,” katanya lagi.
Semoga Datuk Adi Putra sentiasa berikan contoh yang baik buat masyarakat!
Baca: Mat Kilau Cetus Fenomena, Perak Cadang Set Penggambaran Jadi Tarikan Pelancongan