Melihat anak memegang segulung ijazah adalah satu hadiah buat ibu bapa, namun begitu bukan semua ibu bapa dapat merasai nikmat tersebut pada hari graduasi.
Ajal maut di tangan tuhan, kerana Allah lebih menyayanginya, anak kepada si bapa ini dijemput ilahi lebih awal daripada orang tuanya.
Anak dia pelajar yang cemerlang
Detik sebak itu dikongsikan oleh graduan yang dikenali sebagai @azxparfum sewaktu hari konvokesyen. Dia merakam detik si ayah yang menggantikan tempat arwah anaknya mengambil sijil sambil menahan sebak.
Pemuda ini menyatakan satu dewan turut merasai detik menyedihkan tersebut apabila melihat reaksi ayahnya.
“Kalau aku seorang ayah, aku pun sangat memahami perasaan pakcik ni, anak dia pelajar yang cemerlang, sama batch dengan saya. Tapi anaknya dah meninggal tak sempat nak ambil anugerah kejayaan beliau.”
“Ya Allah sebaknya rasa ambilkan anugerah anaknya yang sudah tiada. Pakcik kena kuat okay, anak pakcik mesti baik orangnya, sebab tu Allah nak jemput dia dulu.”
“Yang mana masih ada ibu, ada ayah, jagalah mereka dengan baik, sayangi mereka, anak pakcik dah berjaya banggakan pakcik dan isteri.”
“Saya pasti satu dewan sedih, sebak dengan pemergian anak pakcik dan menghargai pengorbanan beliau untuk pakcik sekeluarga.”
@browangi Semoga Allah merahmati arwah, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Al- Fatihah ?? #universitimalaysiakelantanbachok2022 #universitimalaysiakelantan #universitimalaysia #konvokesyen #sedih #sedihbanget??? #rindu #rinduanak #sebak #fy #fyp #fypシ #xyzbca #rwyfb #browangi #azmuaz
Dalam video itu juga dapat dilihat si ayah terlalu sedih sehingga diiringi oleh para petugas sewaktu turun dari pentas.
Dalam masa 21 jam, video tersebut telah meraih lebih daripada 684K jumlah tontonan dan rata-rata netizen pun turut sebak apabila melihatnya.
Salam takziah buat pakcik ini sekeluarga dan Al-fatihah dibaca untuk arwah, semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Baca : “Saya redha, cuma saya rindu” – Ramai Sebak Lepas Baca Permintaan Wanita Ini