Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.
Sebagai pengguna jalan raya, mesti kita nak elakkan daripada sebarang malapetaka, oleh itu amatlah untuk kita memandu secara berhemah bagaimanapun, malang tidak berbau, risiko untuk terlibat dalam kemalangan itu masih ada.
Demikian nasib yang menimpa seorang pesakit dan anaknya apabila mereka terlibat dalam sebuah kemalangan di Jalan Masjid Negeri, Georgetown, Pulau Pinang.
Video yang tular di media sosial itu memaparkan sebuah ambulans yang sedang mengiring ke tepi selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta sebatang pokok sebelum terbalik.
Menurut laporan mStar, Nur Syazwani, 29, yang merupakan anak dan kakak mangsa telah menceritakan semula situasi sebelum ambulans St. John yang dinaiki mereka terbabas sewaktu dalam perjalan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Syazwani memberitahu, pada hari kejadian itu ibunya ada mengadu sakit kepala, mungkin penyakit darah tingginya kembali dan tidak lama selepas itu dia pengsan di rumah dan menyebabkan Syazwani jadi panik.
“Saya terus hubungi talian 999 untuk minta bantuan pihak hospital. Sebuah ambulans datang ke rumah untuk bawa mak pergi hospital,” ujarnya.
Terkejut terima panggilan dari orang tidak dikenali..
Bagaimanapun, ketika dia dan suami dalam perjalanan ke hospital menaiki kenderaan sendiri, mereka mendapat satu perkhabaran mengejutkan.
Dia menerima panggilan daripada orang awam yang tidak dikenali, memberitahu kepadanya bahawa ambulans yang membawa ibu dan adiknya itu telah terlibat dalam sebuah kemalangan.
Setelah tiba di hospital, dia berasa terkejut dan sedih melihat keadaan adiknya itu yang cedera parah.
Adik sekarang berada dalam ‘red zone’
Bagaimanapun, ibunya berada dalam keadaan yang stabil tapi sebahagian tangan kiri adiknya dikatakan mengalami luka akibat kemalangan tersebut.
“Saya tak dapat nak kongsikan apa-apa gambar keadaan adik sekarang sebab masih tak boleh melawat dia. Dekat red zone pula memang tak boleh ambil gambar.”
Kemalangan itu telah mengakibatkan pemandu ambulans berusia 22 tahun, pembantu perubatan (28 tahun), pesakit wanita (54 tahun) dan anak perempuannya (24 tahun) mengalami kecederaan antaranya di kepala, muka dan beberapa bahagian badan.
Semoga semua pihak yang terlibat cepat sembuh dan dipermudahkan urusan…
Sumber: mStar, MalaysiaKini, Utusan