in

[VIDEO] Aksi Selamatkan Musang Tersepit Jadi Kelakar Lepas Dengar ‘Suara’ Tukang Rakam

Ft Gelak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita bosan pada waktu lapang atau waktu rehat lepas seharian bekerja, pasti kita akan membuka aplikasi Tiktok. Bila sebut pasal Tiktok, pasti korang akan terbayangkan video-video kelakar yang disediakan oleh netizen dari seluruh negara termasuk negara kita sendiri.


Begitu juga dengan kisah kalini, dalam perkongsian @tangkonaa, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan rakan-rakannya sedang mengeluarkan seekor musang yang tersepit di tayar kereta.

@tangkonaa

tak sempat panggil pngil bomba?

♬ original sound – tangkona – tangkona

“Dari suspence jadi kelakar”

Pada awalnya, video tersebut nampak macam situasi suspence kerana ramai orang menyaksikan dua orang pemuda sedang bergelut untuk menangkap musang liar yang tersepit itu.Tapi korang dengar la suara gelak tu!

Video tersebut bertukar menjadi kelakar selepas si perakam menggelakkan rakannya yang sedang mengeluarkan musang itu dari celah kereta yang berlaku di sebuah bengkel. Alangkah terkejutnya bila dengar suara gelak itu seakan-akan bunyi orang ‘tercekik’.

“Lajunya viral”

Video yang dimuat naik beberapa jam lepas ini telah mendapat dua juta tontonan di Tiktok sehingga kini. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan suara gelak tukang rakam video itu.

Ramai juga yang keliru kerana mereka ingatkan musang itu mengeluarkan bunyi burung gagak, malah ada juga yang berkata mereka menonton video itu berulang kali untuk dengar suara gelak tukang rakam itu.

Komen Gagak

Difahamkan oleh pemilik akaun Tiktok ini, musang tersebut dijaga oleh salah seorang daripada rakannya dan ia berada dalam keadaan yang sihat.

Patutnya dia orang tangkap juga si tukang rakam tu, hahaha.

Baca: “Kesian member” – Cari Penyapu Tak Jumpa-jumpa Netizen Tepuk Dahi Lihat Gelagat Pelupa Lelaki Ni

Video Tiktok Viral Cari Penyapu Tak Jumpa E1631519663401

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.