in

[VIDEO] Aksi Anjing Merajuk Sampai Abang Bomba Kena Pujuk Buat Netizen Terhibur

Anjing Merajuk Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sebuah video yang memaparkan aksi seekor anjing yang terperangkap di atas balkoni sebuah bangunan dipercayai merajuk sedang dipujuk abang bomba telah meraih perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kelihatan seekor anjing yang seakan merajuk terpaksa dipujuk anggota bomba untuk dibawa ke tempat selamat.


“Bukan senang nak pujuk ni. Abang Bomba juga la kena bagi ayat manis,” tulisnya.

Apa yang membuatkan ramai terhibur, anjing itu tetap juga memandang ke dinding dan tidak menghiraukan abang bomba di sebelah walaupun dipujuk dengan makanan.

Boleh dilihat, semakin dipujuk semakin galak pula haiwan comel ini merajuk!

Malah, anjing itu juga turut dibantu dengan beberapa anggota bomba yang sedang menunggu di satu ruang lain sambil memegang tali keselamatan kepada anggota bomba yang gigih memujuk anjing berkenaan.

Video yang tular itu telah mendapat 15,000 tanda suka dan lebih 3,800 perkongsian oleh pengguna media sosial di Facebook setakat ini.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meninggalkan komen dengan memuji tindakan serta layanan anggota bomba tersebut. Ada juga yang berseloroh, mengumpamakan gelagat merajuk haiwan itu saling tidak tumpah dengan sikap perempuan.

Screenshot 20230113 110624

Makin bertambah skop kerja abang bomba ya!

Baca: Blake & Kawan-kawan Terima Pingat ‘Golden Performance’ Atas Penglibatan Operasi SAR Tragedi Batang Kali

Blake Dapat Pingat

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.