Seronok bila tengok kehidupan seharian artis kegemaran ramai Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Daripada cara mereka berbisnes sehingga cara mereka menjaga anak-anak, banyak yang kita boleh pelajari.
Nikmati stik di Turki, jumpa sekali dengan ‘Salt Bae’
Baru-baru ini, aktor dan usahawan, Aeril Zafrel ada memuat naik satu video di Instagramnya @aeril_zafrel telah menjadi tumpuan netizen selepas menikmati hidangan stik di restoran mewah milik tukang masak terkenal iaitu ‘Salt Bae’ sempena percutiannya di London, United Kingdom.
Bil makanan cecah lebih RM10,000, aksi ‘Salt Bae’ jadi tumpuan
Lebih menarik perhatian ramai lagi apabila makanan yang dinikmati bersama isteri Wawa Zainal dan beberapa rakan lain seperti pasangan, selebriti Raf Yaakob dan Mawar Rashid mencecah sehingga RM10,065.
Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari dilihat sedang menyaksikan ‘pertunjukan’ tukang masak dari Turki itu dalam menyediakan menu daging istimewa. Aksi ‘Salt Bae’ menabur seasoning pada stik tersebut dengan gayanya sendiri turut membuatkan mereka terhibur.
Video berdurasi 45 saat berkenaan turut memaparkan dia ‘disuap’ oleh Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe selain berpeluang untuk merakam gambar kenangan bersama tukang masak profesional itu. Wah, bukan selalu dapat jumpa Salt Bae ni!
Pada penghujung video, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu hanya mampu mengangguk-angguk kepalanya selepas menerima resit sebelum mengira jumlah harga makanan dalam Ringgit Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyatakan bahawa kos stik tersebut sama dengan gaji sebulan mereka dan lepas untuk makan setahun.
Mungkin lepasni korang yang nak pergi Turki boleh singgah jumpa ‘Salt Bae’ ni!
Baca: “Badan Banyak Susut, Ramai Sedih Bila Dapat Tahu Chef ‘Senyum’ Turki Alami Tumor Otak”