in

[VIDEO] Ada ‘Peneman’ Main Dengan Anak, Ayah Dedah Rupanya ‘Hijab’ Anak Terbuka

ft anak main hantu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok apabila seorang lelaki berkongsi kisah tentang suatu ‘benda’ yang berkawan dengan anaknya telah mendapat perhatian warganet.

Dari video tersebut dapat dilihat dia merakam gelagat anaknya yang sedang bermain dengan makhluk halus di ruang tamu rumah mereka.


Ada ‘benda’ main dengan anak?

https://www.tiktok.com/@fazer_jay91/video/7194276677600562459

“Maafkan ayah kakak, ingat kakak main-main… Rupanya memang betul hijab kakak terbuka,” tulisnya di kapsyen video.

Pada masa artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.8 juta jumlah tontonan dan meraih 74K jumlah likes dalam masa tiga hari.

Difahamkan, anaknya sering berbual seorang diri padahal tiada siapa pun yang berada bersamanya. Si ayah juga pernah bertanyakan kepada anaknya itu dimana ‘kawan’ anaknya itu.

Menerusi video berasingan, setelah bertanyakan kepada anaknya mengenai apa yang terjadi setelah ayat Qursi dipasang. Anaknya menjawab bahawa ‘kawannya’ itu berlari ke arah ’emaknya’ sebaik saja bacaan ayat suci dipasangkan.

https://www.tiktok.com/@fazer_jay91/video/7194427135199825179

 

https://www.tiktok.com/@fazer_jay91/video/7194827925055704346

Bawa anak berubat dan tutup hijab

Sambungan terakhir koleksi video berkenaan memaparkan anaknya itu dibawa berubat oleh seorang pengamal perubatan Islam yang cuba membantu menutup ‘hijab’ mata kanak-kanak berkenaan.

https://www.tiktok.com/@fazer_jay91/video/7195433368329178395

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu si ayah agar bawa si anak pergi berubat dan ada juga netizen yang berkongsi kisah mereka melalui pengalaman yang sama.

Screenshot 2023 02 02 161111

Ish takut juga eh… Semoga urusan adik ni dipermudahkan..

Baca : “Scary nya” – Individu Dakwa Ada Peniaga Jual Minyak Pengasih Dekat TikTok?

ft jual minyak pengasih online 608x320 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.