in

Veterinar Beri Penjelasan Isu Tak Pakai Sarung Tangan Ketika Rawat Anjing

1Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui Islam tidak membenarkan umatnya menyentuh anjing kerana dianggap sebagai najis berat. Namun Islam juga memberikan penyelesaian sekiranya kita menyentuh anjing dengan sengaja atau tidak, iaitu melalui proses penyucian yang diberi nama sertu.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang skeptikal dengan hal ini apatah lagi yang melibatkan doktor haiwan beragama Islam menyentuh anjing. Tampil memberikan penjelasan, veterinar ini berkongsi sebab mengapa mereka tidak memakai sarung tangan ketika merawat anjing. Korang boleh tengok video @drimavet kat bawah ni.


 

Untuk educate orang

Macam min cakap tadi, masih ada golongan yang skeptikal mengenai doktor haiwan rawat anjing tanpa pakai glove. Dengan niat nak memandaikan orang awam, ini penjelasan tambahan beliau.

Screenshot 2022 03 27 At 11.05.14 AmWalaupun terpaksa jawab soalan yang sama berulang-ulang, veterinar ini memang mampu dan sanggup demi nak educate orang. Min respect dengan semangat yang dia ada.

Screenshot 2022 03 27 At 11.05.23 AmMin tak pasti dari mana idea terpaksa mandi lumpur tu timbul. Netizen ni kadang-kadang kreatif tak bertempat, ada ke terpaksa mandi lumpur lepas pegang anjing. Nak cari kolam lumpur susah tau.

Screenshot 2022 03 27 At 11.05.35 AmBetul, sebenarnya nak sertu ni senang. Tambah lagi dengan kemajuan produk pembersihan dengan bahan utama tanah dan banyak kat pasaran. Kalau dulu ye la susah nak cari tanah bagai. Sekarang mudah. 

Apa-apa pun janganlah kita mencela pekerjaan orang lain sekiranya apa yang dilakukannya itu halal dan baik disisi agama. Tanya baik-baik tak apa, jangan kecam tak tentu pasal.

 

Baca: Ikut 5 Langkah Ini Untuk Kawal Situasi Jika Berhadapan Dengan Anjing

Screenshot 2022 03 27 At 11.10.02 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.