in

“Very delicious!” – ‘Officemate’ Korea Puji Roti Jala & Kari Ayam Lelaki Ini Sedap, Siap Tambah Lagi!

Jala 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain kuih muih popular di Malaysia seperti donat, karipap, ketayap dan lain-lain, roti jala cicah kuah kari pun menjadi kegilaan ramai. Biasanya makanan ini akan dihidang sewaktu jamuan ataupun kenduri.

Tular baru-baru ini di TikTok, satu video memaparkan beberapa orang pekerja dari negara Korea Selatan telah mencuba makan roti jala bersama kuah kaki ayam. Makanan itu dihidang oleh seorang lelaki warga Malaysia yang bernama Fikri Adam.


@fikriakram91

Roti Jala + Kari Ayam dekat Korea? No hal! Lets goooo. Alhamdulillah, dapat officemate korea yang baik juga satu rezeki. Kalau boss tak sayang tak tahulah, kah! 😆 #korealife #malaysian #fyp #fypシ #southkorea #koreanpeople

♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.Riduan_Oficial92

Buat sendiri roti jala & kuah kari ayam!

Fikri yang kini bekerja dan tinggal di Korea Selatan, ingin mencipta pengalaman baharu kepada rakan sekerjanya untuk merasai sendiri roti jala dan kari ayam. Jadi, dia pun membuat sendiri makanan tersebut di rumah lalu menyediakannya dalam satu bekas untuk dihidangkan di pejabat.

Artikel penuh: “Sumpah sedap!” – Sajat Menangis, Dapat Makan Kuih Seri Muka Hasil Tunjuk Ajar Netizen

Artikel berkaitan: “They approved!” – Keluarga Perancis Teruja Makan Sagu Gula Melaka, Siap Minta Tambah Lagi!

Fikri juga menyediakan bahan untuk memasak kuah kari ayam lalu dia memasak dengan penuh kasih sayang. Setelah siap sebekas roti jala dan sebekas kuah kari ayam, Fikri pun membawanya ke pejabat.

Satu office approved, siap tambah!

Sewaktu di pejabat, Fikri menghidangkan makanan itu kepada bos dan rakan sekerjanya yang lain. Belum makan lagi, salah seorang daripada mereka mencium dulu bau kari ayam yang nampak sedap itu.

Ketika menjamah makanan tersebut, masing-masing nampak teruja dan memuji kesedapan roti jala dan kuah kari ayam yang dimasak oleh Fikri. Tak cukup satu round, ada antara mereka juga menambah makanan tersebut.

Roti Jala + Kari Ayam dekat Korea? No hal! Lets goooo. Alhamdulillah, dapat officemate Korea yang baik juga satu rezeki. Kalau boss tak sayang tak tahulah, kah! – Fikri Adam

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat reaksi warga Korea yang pertama kali makan kui tersebut. Ada juga yang mengusik mahu dijadikan menantu ye!

Jala 1 Jala 2 Jala 3

Min pula terliur tengok kuah kari tu. Nampak sedap dan pekat!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.