Tular di media sosial memaparkan sebuah van yang membawa puluhan haiwan peliharaan terbalik dipercayai terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Simpang Ampat.
Menurut laporan, kejadian itu difahamkan berlaku pada pagi Ahad, ketika van pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penyelamat haiwan itu dalam perjalan dari Melaka ke sebuah expo haiwan peliharaan di Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Hino dan sebuah van yang membawa 20 ekor kucing serta lima ekor anjing.
Artikel berkaitan: Kasih Sayang Tanpa Syarat, Lelaki Sanggup Masuk Belukar Demi Keselamatan Anjing & Anak-anaknya
Artikel berkaitan: “Hanya 3 ekor selamat…” – Tragis! 27 Kucing Peliharaan M*ti Terperangkap Dalam Kebakaran Rumah Di Langkawi
“Lori jenis Hino itu dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dari Johor menghala ke Perak dan difahamkan berada di lorong kiri.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti dari lorong tengah secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri di hadapan lori berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lori itu telah mengelak ke kiri jalan dan masuk ke lorong kecemasan lalu melanggar bahagian belakang van terbabit.
Difahamkan, van berkenaan sedang berhenti di lorong kecemasan akibat masalah teknikal dan sedang menunggu bantuan pihak lebuh raya.
Dapat dilihat beberapa pet carrier mengalami kerosakan dan difahamkan sebahagian besar haiwan yang terlibat telah meloloskan diri akibat kemalangan itu. Namun, 13 ekor haiwan berjaya diselamatkan.

Insiden itu telah menyebabkan dua ekor kucing dan seekor anjing mati manakala dua penumpang wanita berusia 33 dan 41 tahun mengalami kecederaan ringan.
Sumber: Harian Metro, Threads
