in

“Valet parking”- Pensyarah Dipuji Ramai, Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Sebab Risau Dicuri

F3 Pensyarah Baik Hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dapat cikgu atau pensyarah yang memahami pelajar-pelajar sebenarnya suatu rezeki jugak kan. Itulah kisah yang disampaikan oleh seorang pelajar yang dikenali sebagai Ashyaaziz di TikTok ini.

Dalam video yang tular itu, seorang pensyarah lelaki telah dipuji ramai kerana  telah baik hati mengizinkan pelajarnya untuk meletakkan basikalnya di dalam kelas kerana beliau risau kalau basikal pelajarnya itu akan dicuri orang jika diparkir di luar kelas.


Menerusi kapsyen video TikTok ashyaaziz, basikal milik pelajar itu merupakan basikal elektrik, jadi memang ada kemungkinan untuk basikal itu dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab jika tidak diletakkan di tempat yang selamat.

@heyashyaaziz

Got valet parking today #ebike

♬ оригинальный звук – Aizh

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lecturer Ambil Keputusan Terjah Bilik ‘Student’, Sebab Ramai Ponteng Kelas

Artikel Berkaitan: “Boleh jadi sumber pendapatan” – Pensyarah Saran Ibu Bapa Hantar Anak Belajar Kemahiran Sebelum Masuk IPT

Dalam video yang berdurasi selama 13 saat itu, dapat dilihat pensyarah itu membenarkan pelajar tersebut meletakkan basikalnya di dalam kelas berhampiran dengan pintu.

Rata-rata warganet memuji tindakan pensyarah tersebut yang baik hati dengan pelajarnya.

Meninjau ke ruangan komen, dapat dilihat bahawa pensyarah itu ialah Dr Aslam kerana ada beberapa netizen mengatakan bahawa mereka pernah belajar dengan lecturer tersebut ketika di universiti dulu.

Di dalam ruangan komen yang sama juga, difahamkan, Dr Aslam ini berkhidmat di UIA dan menurut netizen yang juga bekas pelajarnya, Dr Aslam memang seorang yang baik hati dan kebanyakan pelajar juga berebut untuk mendaftar di kelasnya.

5

6

Memang terbaik lecturer ni kan. Mesti students pun lebih bersemangat untuk  masuk kelas dan belajar dengan beliau kan. 

Sumber: TikTok @heyashyaaziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.