Mulai esok, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Lembah Klang akan bermula.
Bagi ibu bapa yang telah pun mendaftar anak-anak berusia lima ke 11 tahun, sistem tempahan telah pun dibuka dan link tempahan ini telah pun diberi secara berperingkat di mana korang boleh memilih PPV, tarikh dan masa yang sesuai untuk memvaksinkan anak-anak bermula 3 Februari.
Semalam, Twitter rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah pun kongsikan langkah-langkah yang perlu korang ikuti bagi membuat temujanji PICKids.
Sebelum itu, korang pastikan aplikasi MySejahtera telah dikemaskini kepada versi terkini dan selepas daftarkan anak korang, pastikan korang sentiasa semak aplikasi bagi mendapatkan pautan tempahan temujanji.
Selepas mendapat pautan tempahan temujanji, korang ikut langkah-langkah dekat bawah ni untuk book PPV, tarikh dan masa vaksinasi:
1. Pergi ke laman utama aplikasi MySejahtera
2. Tekan butang “Vaksinasi Covid-19”
3. Daftar anak sebagai tanggungan vaksinasi
4. Pilih anak yang ingin diberikan vaksin Covid-19
5. Semak MySejahtera dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pautan temujanji dan klik pautan
6. Tandakan pada petak berkenaan
7. Tekan butang “Sahkan”
8. Pilih jenis vaksin
9. Pilih Pfizer (Children)
10. Tekan butang “Sahkan”
11. Masukkan poskod kawasan atau nama PPV berdekatan dan tekan “Cari”
12. Pilih PPV
13. Pilih slot temujanji vaksin anak
14. Tekan “Lihat selanjutnya” untuk melihat lebih banyak slot temujanji
15. Pastikan nama PPV, jenis vaksin, tarikh dan masa adalah betul
16. Klik “Sahkan”
17. Korang akan dapat pengesahan slot temujanji vaksin
18. Slot temujanji akan dipaparkan di laman vaksinasi anak korang
19. Korang boleh batalkan temujanji dengan tekan putan sekiranya tersalah pilih tarikh, masa, tempat atau jenis vaksin
20. Setelah batalkan, korang masih boleh buat temujanji baru
Kalau korang dah daftarkan anak dan masih belum dapat pautan temujanji ni, harap bersabar sebab ia sedang diberikan secara berperingkat.
Baca: Kanak-kanak 5 Ke 11 Tahun Bakal Divaksin Bermula Februari, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu…