in

Uyaina Arshad Kongsi Kisah Gadis Tak Ada ‘Common Sense’, Pulang Baju Pinjam Dengan ‘Aksesori Tambahan’

Uyaina Arshad Baju Pinjam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi lumrah dalam kehidupan kita kalau tidak meminjam. Meminjam bukan sahaja dalam bentuk wang, termasuklah juga dengan apa sahaja bentuk barangan.

Namun, masalah dalam meminjam ini timbul apabila barang yang dipinjam itu tidak dipulangkan dalam keadaan asal atau lebih teruk lagi buat seperti ‘harta’ sendiri.


Baru-baru ini, seorang individu bertindak mendedahkan rakannya yang tidak memulangkan pakaian yang dipinjam sehingga menjadi bualan hangat netizen di platform X.

Screenshot 2023 12 29 125629

Kisah itu juga turut mendapat perhatian pengacara Uyaina Arshad yang mengingatkan kembali pengalamannya ketika zaman persekolahan.

Artikel berkaitan: Komen Tentang Kemerdekaan Malaysia, Uyaina Arshad ‘Sekolahkan’ Netizen Indonesia

Artikel berkaitan: “Bila mahu bayar hutang?” – Ahlong Bawa ‘Bunting’ Dan Guna ‘Speaker’, Tuntut Hutang Depan Rumah

Baju ada ‘aksesori tambahan’

“Ada this one girl pinjam baju kurung saya. Baju kurung itu warna purple. Dia pinjam dan pulangkan balik, tanpa saya perlu mengemis which is good,” kongsinya di TikTok.

Walaupun gadis tersebut memulangkan kembali baju kurung yang dipinjam daripada Uyaina, namun dia terkejut melihat kondisi baju berkenaan.

“Tapi dia pulangkan balik dengan ‘aksesori’ tambahan. Baju tak berbasuh dan ada kesan ‘bocor’ dekat kain baju kurung itu. Ada kesan darah kering di situ.”

@uyaina.arshad

Tengah scroll X, tetiba terbaca tweet ni. Korang pernah face tak benda ni? Orang pinjam barang korang, pastu tak pulang2 kan. Yang kes macam I kena tu, ada jugak yang pernah kena tak? 🙂 Meh share! Haih.. Common sense lah benda yang paling tak common 🙃

♬ original sound – UA – UyainaArshad

“Cium baju dengan harapan baju tu berbau wangi. Bila cium baju tu, bau perfume dengan bau ketiak yang dah bercampur. Bila nampak kesan darah tu I macam…” katanya.

Justeru, Uyaina menekankan bahawa setiap individu perlulah mempunyai common sense dan adab ketika meminjam barang seseorang.

“Ini adalah common sense bila dah pinjam barang orang, pertama sekali pulangkan barang itu sebelum pemiliknya minta berulang kali. Sama juga untuk orang yang berhutang duit. Yang kedua, pulangkan balik barang yang dipinjam dalam keadaan yang sama semasa dipinjam,” katanya.

Betul tu! Dah pulangkan barang pinjam tu jangan lupa ucap terima kasih.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.