in

Ustaz Don Dikecam, Didakwa Jadikan Kisah Nabi Adam & Hawa Sebagai Bahan Gurau?

Ft Ustaz Don Dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah bebas Don Daniyal atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don kini sedang hangat menjadi tumpuan warganet di Malaysia kerana isu yang membabitkan dirinya selepas dia direhatkan oleh pihak RTM.


Nampaknya Ustaz Don semakin manjadi tumpuan apabila tular satu video jenakanya di media sosial baru-baru ini.

Artikel berkaitan :  Mahu Elak Perbalahan Berpanjangan, RTM ‘Rehatkan’ Ustaz Don Dari Program

Artikel berkaitan : “Masih belum dapat apa-apa arahan” – Pengurus Dakwa Ustaz Don Tak Tahu ‘Direhatkan’ Dari Program

Dalam video tersebut, Ustaz Don ada membuat satu jenaka terhadap isu dilemma kaum wanita yang tidak tahu makan di mana jika bersama dengan pasangan.

Oleh itu, Ustaz Don mengatakan bahawa dia akhirnya telah menemui jawapan dengan mengambil kisah Nabi Adam dan Hawa sebagai panduan.

“Kali terakhir seorang perempuan pilih untuk makan, Siti Hawa, kita semua kelaur daripada syurga, melawak je gurau, kalua tak boleh gurau duduk surau.”

 

Video gurauan tersebut telah membuatkan netizen dari platform media sosial X rasa kurang senang kerana adalah satu perkara yang tidak boleh dibuat main apabila ia berkaitan dengan kisah nabi.

Screenshot 2024 06 10 120016 Screenshot 2024 06 10 120038 Screenshot 2024 06 10 120103 Screenshot 2024 06 10 120136

Dia cuma nak bergurau je kot, mungkin ada lah sebab kukuh, kalau tak, takkan lah sebagai pendakwah boleh buat lawak sesuka hati.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.