Tular di media sosial baru-baru ini, video memaparkan seorang wanita menangis terharu apabila dikatakan menerima gaji sebanyak RM12,000 sebulan dari majikannya.
Video yang dikongsikan TikTok @pemborongemasbangkok itu memaparkan wanita bernama Salmah yang telah menerima gaji paling tinggi iaitu sebanyak RM12,126.40.
@pemborongemasbangkok Usaha tak kan mengkhianati hasil 🥰 Gaji staff sebulan mencecah Rm12,000 ‼️ Tahniah untuk Salmah dan semua staff yang berjaya capai target 🥳 #pemborongkristalmutiara #fyp #foryoupage #fypdong #gaji #gajipekerja #gajistaff
Salmah yang dipanggil kedepan telah menerima gajinya dalam bentuk tunai dan pencapaiannya itu telah disorak oleh rakan-rakan sekerjanya yang sangat supportive.
Tahniah. Itulah yang orang panggil usaha tidak mengkhianati hasil,” kata majikannya yang memuji Salmah sebagai seorang yang sangat rajin bekerja.
Malah kelihatan juga video wanita itu menangis tersedu-sedan dan mengatakan ia sesuatu di luar jangkaan.
Kau yang berusaha, kan? Siapa lagi ikut usahamu lagi. Tuhan mahu bagi kau rezeki, kan,” kata majikannya yang memujuk Salmah.
Artikel berkaitan: “Dia dah bertahun tak ambik gaji” – Watie Dedah Shuib Sanggup Guna ‘Saving’ Sendiri Untuk Gajikan Pekerja
Artikel berkaitan: Johor Jadi Negeri Pertama Tawar Gaji Premium Bermula RM4,000 & RM5,000 – TMJ
“Alhamdulillah tahniah!”
Video tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen yang tumpang gembira dengan kejayaan wanita tersebut.
Namun pada masa yang sama, ada yang pertikaikan mengapa gaji tersebut diberi dalam bentuk tunai dan bukannya dimasukkan ke dalam akaun bank.
Adalah sebab-sebabnya kot, ataupun atas permintaan staf tu sendiri yang mahukan cash? Apa-apapun tahniah kepada staf ni!
Sumber: TikTok