Kesilapan lampau bukanlah penghalang bagi seseorang untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah sarjana walaupun bergelar banduan. Beliau yang sedang menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan kerana kesalahan membunuh pada 2001, menerima ijazah sarjananya dari Open University Malaysia (OUM) pada 30 April lepas.
Detik bersejarah ini dirai dalam majlis Konvokesyen OUM kali ke-20 yang berlangsung di Dewan Canselor Universiti Malaya bersama seorang lagi banduan dari Penjara Kajang yang mana kedua-duanya menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
Menurut banduan tersebut, ia merupakan saat yang paling bahagia buat dirinya kerana kejayaan ini dapat dikongsi bersama ahli keluarga yang datang jauh dari Sabah.
Saya amat berasa gembira dengan kejayaan hari ini, menerima ijazah sarjana saya. Saya harap selepas ini saya akan mampu meneruskan pelajaran saya ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).”
Wah sampai peringkat doktor falsafah tu! Hebatnya…
Menurut Pengarah Penjara Kajang, Datuk Narander Singh, Jabatan Penjara juga akan terus memberi sokongan dan bantuan bagi banduan terbabit untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.
Di samping itu, jadual aktiviti banduan tersebut juga akan diperiksa semula mengikut keperluan dan kesesuaian mereka.
Malah Naib Presiden Akademik OUM, Profesor Dr Sha’ari Abd Hamid mengatakan bahawa kos pengajian bagi banduan yang terlibat akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak universiti. Waa tak sia-sia berusaha!
Sungguhpun begitu, kejayaan kedua-dua banduan ini diharap dapat mengurangkan risiko banduan kembali ke penjara semula. Malah Penjara Kajang sendiri, menurut Datuk Narander telah membuktikan tipisnya kemungkinan untuk banduan kembali ke penjara semula selepas keluar dari situ.
Banduan pun rajin belajar hingga ke peringkat sarjana. Apa alasan remaja di luar sana yang malas-malas belajar tu? Usaha tangga kejayaan tau!