Beberapa jam selepas rumah pelakon terkenal Rozita Che Wan, 51 atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta yang bertempat di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ada muat naik status di laman Facebook dengan mesej berkaitan hutang.
Beliau menegaskan bahawa hutang wajib dibayar dan menegaskan yang tidak akan menerima rayuan untuk melupuskan hutang kerana beliau menjaga amanah wang rakyat.
Artikel berkaitan : Hanya Dapat Sita Barangan Tak Sampai RM100,000, Che Ta Dikatakan Pindah Keluar Barang Semalam
Artikel berkaitan : Aaisyah Nak Bertudung Di Bulan Puasa, Che Ta Pesan Tutup Aurat Ikut Perintah Allah Bukan Manusia
“Hutang wajib dibayar. Usah merayu kepada saya kerana bukan hak saya untuk melupuskan hutang. Saya menjaga amanah wang rakyat di bawah MARA, bakal dipersoalkan Allah kelak!”
Menurut sumber Berita Harian, hantaran itu seolah-olah ada kaitan dengan pelakon berkenaan yang sebelum ini dikatakan pernah berusaha bertemu pengurusan tertinggi MARA dalam usaha menyelesaikan masalah hutang tertunggaknya itu.
Menjengah ke ruangan komen, Asyraf Wajdi ada menjawab persoalan netizen dengan berkata bahawa pinjaman MARA membabitkan wang rakyat yang perlu dibayar kerana peminjam sudah menandatangani perjanjian.
Malah beliau juga menegaskan bahawa akan mengenakan tindakan terhadap pihak terbabit yang sengaja enggan membayar pinjaman sedangkan mereka berkemampuan dan hidup mewah.
“Ini wang rakyat bukan wang saya. Culas bayar sedangkan akad/kontrak yang dimeterai adalah pinjaman bukan sedekah. Apatah lagi jika sengaja tidak mahu bayar sedangkan berkemampuan dan bermewahan.”
Dalam pada itu, laporan sumber mangatakan bahawa Che Ta sebelum ini ada memohon pinjaman perniagaan pada 2017 berjumlah RM 1 juta tetapi tidak pernah membayar pinjaman itu langsung selama tujuh tahun, menyebabkan MARA terpaksa merujuk kes itu ke mahkamah.
Sumber : Berita Harian