Setiap yang bernyawa, pasti akan mengalami mati dan menurut perkongsian oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, adalah disunatkan untuk disegarakan solat jenazah dan membawanya ke perkuburan untuk tujuan pengebumian.
Tambahnya lagi, sekiranya kematian tersebut tidak berlaku secara mengejut, maka digalakkan atau sunat untuk menyegerakan pengurusan jenazah.
Bagaimanapun, tular satu hantaran seorang individu yang meluahkan rasa kurang senang dengan cara sebuah van jenazah yang dipercayai sedang dalam perjalanan ke tanah perkuburan dipandu dengan laju ketika jalan sedang sibuk.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok berkenaan, lelaki itu dengan selamba menggunakan kapsyen yang mengatakan pemandu van jenazah tersebut sepatutnya tidak perlu kelam-kabut untuk ke destinasi kerana arwah sudah tiada.
“Kalut nak pegi mana. Bawak elok-elok. Yang dah pergi tu dah tiada apa nak kalut lagi”
@omaryothmanKalut nak pi mana. Bawa elok2. Yang dah pergi tu dah tiada apa yang kalut lagi.♬ menjagamu – MusiX
Hantaran tersebut ternyata meraih perhatian netizen yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan lelaki berkenaan selain ada juga yang mengatakan bahawa adalah menjadi keperluan buat kita untuk memberi laluan kepada van jenazah kerana itu sebahagian daripada ‘memudahkan urusan’ si mati.
Artikel berkaitan : “Terus insaf” – Jemput Member Guna Van Jenazah, Serba Salah Duduk Sebelah Keranda
Artikel berkaitan : “Besar pahala” – Ramai Puji Pemandu Van Jenazah, Tolong Uncle Cina Tukar Tayar Kereta
Dalam masa yang sama, tak kurang juga yang berseloroh dengan memberi respons menyatakan apabila dia meninggal nanti, bolehlah pemandu melakukan perkara lain dahulu.
Menerusi ruangan komen juga ramai yang tampil menasihatinya bahawa urusan pengebumian perlu diuruskan dengan segera seperti yang dituntut oleh agama Islam.
Sumber : TikTok