Sudah menjadi resam orang berniaga, setiap hari mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai sikap pelanggan yang bermacam ragam.
Namun pengalaman yang dilalui seorang peniaga pasar malam ini ternyata agak rare walaupun dia sudah jelas ditipu pelanggan tersebut.
Dapat duit RM10 ‘berkepala dua’
Menerusi video TikTok dikongsikan @izzudinradin, dia telah memaparkan sehelai RM10 yang diterimanya dari pelanggan yang dirasakan agak rare dan jarang dapat ditemui.
Hal ini kerana, RM10 tersebut rupa-rupanya sudah terkoyak dan dicantumkan dengan duit yang sama hingga membuatkan duit tersebut mempunyai dua imej bunga Rafflesia dan wajah Agong.
Watch on TikTok
Walau bagaimanapun, peniaga ini mengaku pada awalnya tidak perasan dengan duit yang diterima dan pasrah dengan apa yang berlaku serta menganggap ia rezeki baik untuknya.
Tengah-tengah meniaga tak perasan ada orang bagi duit rare macam nih. Lai lai lai siapa nak beli duit unit ini,” katanya.
“Duit potong… ingatkan kereta je potong”
Video duit rare itu ternyata mendapat perhatian netizen yang meminta peniaga tersebut ikhlaskan saja apa yang diterimanya kerana yakin pasti rezeki yang baik akan datang selepas ini.

Apa-apapun tak baiklah tipu peniaga dengan bagi duit macam ni. Nasib baik si penjual tu tak marah dan ikhlaskan je.
Baca: “Koyak member” – [VIDEO] ‘Scammer’ Wanita Kena ‘Scam’ Balik Dengan Pak Cik