in ,

“Untung tak besar, anggap je sedekah” – Kedai Nasi Kandar di Kedah Caj Pelanggan RM1 Supaya Orang Susah Dapat Makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kedai nasi kandar di Sungai Petani sanggup mengurangkan harga supaya lebih ramai orang mampu untuk menikmati makanan yang dijualnya. Menurut Berita Harian, Sheik Faizal Mohd Ismail, 43, pada mulanya membuka kedai di George Town, Pulau Pinang namun terpaksa berpindah kerana lokasi itu sedang dinaik taraf.


Sheik berkata semua jenis lauk di kedainya dijual pada harga RM1 dan idea itu datang selepas melihat kebanyakannya pelanggannya bukan dari latar belakang yang kaya.

“Ketika awal pembukaan kedai, saya jual makanan pada harga biasa, namun ramai pelanggan yang datang kebanyakannya adalah golongan berpendapatan sederhana dan rendah.”

“Jadi timbul idea menawarkan setiap jenis lauk pada harga serendah RM1 supaya mereka dapat menikmati lebih banyak lauk dengan harga berpatutan.”

Selain aneka masakan ayam, daging masak hitam, pelbagai jenis sayur-sayuran, air minuman panas dan sejuk yang terpilih ditawarkan pada harga RM1 dan saiz lauk yang diberikan dengan harga itu setakat ini memuaskan hati pelanggannya.

“Saiz lauk RM1 yang ditawarkan tidaklah seperti hidangan yang dijual pada harga biasa, tetapi pelanggan tetap berpuas hati terutama yang memiliki bajet terhad.”

“Pada masa sama, kami masih menjual lauk pada saiz hidangan biasa bagi memenuhi permintaan pelanggan yang memiliki bajet lebih.”

Meskipun tahu cara jualan yang diamalkan olehnya ini tidak akan memberikan keuntungan yang besar namun Sheik ikhlas dan menganggap ianya sebagai sedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Kalau nak tahu lokasi kedai Sheik boleh tengok posting di Facebook ini.

Baca: Uncle Kentang Buka Pasar Jual Barang Semurah 10 Sen Di Puchong

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.