Masih hangat menjadi buah mulut orang ramai terhadap berita sedih tentang pesawat Lion Air terhempas tempoh hari, pastinya ramai yang ingin mengetahui perkembangan isu tersebut.
Proses pencarian mayat mangsa masih diteruskan, seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan mangsa tersangkut pada kerusi pesawat.
Disebabkan itu, gadis ini cuba nak kongsi satu info yang kononnya tujuan pakai tali pinggang keledar bukanlah untuk keselamatan tapi untuk memudahkan mayat mangsa dijumpai jika pesawat terhempas.
Pakai tali pinggang keledar dalam kapal terbang bukanlah untuk selamat tapi untuk pastikan mayat mudah dijumpai
Naik kereta lebih bahaya dari naik kapal terbang sebab kemalangan melibatkan kereta jauh lebih tinggi.

Memandangkan dia cuba membandingkan risiko kemalangan kapal terbang dengan kerea, ada seorang netizen anggap perbandingan ini langsung tak relevan.
“Tak relevan”
Ramai netizen anggap kenyataan ini seolah-olah pakai tali pinggang keledar di dalam penerbangan ini tujuan hanya memudahkan mayat semata-mata, bukan untuk keselamatan.
Fungsi tali pinggang semasa penerbangan adalah….
Info yang baik memang bagus kalau kita kongsikan, namun ia haruslah mempunyai fakta yang kukuh dan mesej disampaikan dengan jelas, kalau tidak memang buruk padahnya lebih-lebih lagi jika dikongsikan di media sosial.
Mungkin apa yang cuba disampaikan itu lain maksudnya, tapi lain pula yang diterima. Ada sahaja netizen yang faham dengan mesej yang gadis ini cuba sampaikan.
Itu sebablah ada yang menyokong kenyataan ini jika ia berlaku selepas kemalangan.
Tak tahu apa-apa baik jangan keluarkan statement
Namun, ramai juga netizen yang kurang senang dengan kenyataan ini. Mereka anggap kenyataan gadis ini tidak berasas. Lain orang lain pemikirannya kan?
Tapi kalau nak kongsikan info, cara penyampaian mesej pun kenalah betul. Struktur ayat tu memainkan peranannya.