Hadiah ataupun bantuan yang diberikan oleh orang lain pasti ditunggu-tunggu oleh sesiapa yang memerlukan lagi-lagi jika barang yang diterima itu adalah keperluan.
Semalam, viral di TikTok video yang dikongsi oleh @neesaalifah menunjukkan seorang wanita berbaju kuning memberi satu bungkusan kepada seorang nenek yang duduk di luar rumah.
Artikel berkaitan: Pernah Viral Kahwin Beza Usia 55 Tahun, Pemuda Nikahi Nenek Sayu Isteri Meninggal Dunia
Artikel berkaitan: Hampir Nak Pergi Gereja Minta Bantuan, Penghidap Kanser Limfoma Terkilan Permohonan Bantuan Pihak Berwajib ‘Mendiam‘
@nessaalifah4315
Kemudian, wanita itu membelek-belek telefon pintarnya sebelum dia mengambil gambar nenek yang sedang memegang bungkusan itu seolah-oleh nenek tersebut telah menerima barang tersebut. Namun, tanpa segan silu wanita tersebut mengambil semula bungkusan itu daripada tangan nenek lalu pergi tanpa berkata apa-apa.
Menyingkap di ruangan komen, ramai netizen telah memberi kecaman terhadap wanita tersebut kerana terkejut dengan tindakan yang tidak masuk akal itu. Ada yang berkata perbuatan ini adalah demi konten dan ada juga yang menyuruh netizen yang lain untuk bersangka baik.
Apa-apa pun kita tak tahu ye niat asal wanita tu. Husnuzon jelah…
Sumber: TikTok