Universiti terkemuka Malaysia iaitu Universiti Malaya semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pengurusan universiti telah menutup serta merta dua buah premis jualan runcit 24-jam di dalam universiti itu setelah tular dakwaan bahawa premis-premis itu menjual sandwic dalam pek yang memaparkan label ham and cheese.
Selain itu, penggunaan logo halal pada pek sandwic tersebut juga diragui.
Difahamkan, penutupan kedua-dua premis di dalam institusi pengajian tinggi itu adalah untuk memberi ruang kepada pihak mereka untuk menyiasat tentang perkara tersebut.
Artikel Berkaitan: “Bukannya benda tu tak halal” – Khairul Aming Respon Individu Yang Persoal Produknya Baru Dapat Sijil Halal
Artikel Berkaitan: Roti Keluaran GISB Tidak Memiliki Logo Halal Yang Sah – JAKIM
Pihak universiti tersebut membuat kenyataan tersebut menerusi Facebook rasmi mereka.
Difahamkan juga, premis tersebut akan ditutup sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
Pihak Universiti Malaya bagaimanapun mengatakan bahawa pihak mereka sentiasa memastikan bahawa produk yang dijual di dalam kampus adalah daripada pembekal yang mematuhi piawaian, undang-undang dan prosedur yang dikenakan.
Sumber: Facebook Universiti Malaya, Berita Harian