Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM) bakal tiba, senarai 30 lagu-lagu yang bakal bertanding pun telah diketahui, namun begitu satu persoalan telah timbul apabila nama Ernie Zakri tiada dalam senarai sedangkan lagunya yang berjudul Astana terpilih.
Nak dipendekkan cerita, sebuah portal hiburan melaporkan bahawa Ernie nafi dakwaan untuk tak nak menyanyi atau tarik diri daripada menyanyikan lagu tersebut di SFMM 38.
Artikel Berkaitan : “Kenapa kena sebut bukan-bukan?” – Ernie Zakri Bantu Promote Kawan Carikan Jodoh, Ada Netizen Bagi Respon Celupar
Artikel Berkaitan : Ernie Zakri Beri Respon Sempoi Bila Ada Netizen Cakap Hanya Raih Undi Dari Keluarga Untuk #ABPH35
View this post on Instagram
Sekadar info, Ernie Zakri sebelum ini berada di bawah naungan syarikat rakaman Rocketfuel dan kini berada di bawah naungan Universal Music Malaysia (UMM) pada Julai lalu.
aat lagu Astana ini dikeluarkan, Ernie masih lagi dalam Rocketfuel. Jadi, berkenaan dengan isu ini, pihak UMM telah tampil memberikan keterangan.
“Untuk rekod lagu itu dicalonkan selepas Ernie menyertai syarikat rakaman UMM pada Julai lalu.”
Malah, pihak UMM menjelaskan bahawa Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) masih dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.
Sumber : Instagram