in

Unik! Rekaan ‘Mask’ Ikut Wajah Sebenar, Yang Tengok Pun Boleh ‘Confuse’

Jorge8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jorge Silva Roriz adalah seorang pelukis dan pereka kostum terkenal di Brazil. Sentuhan ajaibnya senantiasa mengujakan dengan mencipta kostum bewarna-warni dalam Karnival Rio de Janeiro.


Pandemik koronavirus yang melanda dunia kini sedikit pun tidak membantut usaha dan idea di dalam bidangnya. Kini dia mengambil tempahan untuk membuat pelitup muka menggunakan corak wajah sebenar pelanggan!

 

Idea : Identiti

Katanya, idea ini datang selepas ramai yang mahu menonjolkan wajah sebenar mereka ketika berjumpa orang lain walaupun perlu memakai mask.

Dia juga berpendapat begitu.

Saya gunakan pelitup muka ini kerana tidak mahu kehilangan identiti diri saya.”

Rekaannya sangat ‘real’ hingga ada yang menyangka dia tak pakai mask! Cuba tengok gambar bawah ni, korang rasa dia pakai mask ke tak?

Jorge

Seperti yang dilihat, korang boleh jangka penghasilannya agak susah sebab Jorge buat mask ini custom-made, dia melukisnya sendiri.

Warna kulit dan bibir perlu dipastikan benar-benar sama agar ia nampak realistik apabila dipakai oleh tuannya.

Jorge4

Ideanya yang kreatif mendapat sambutan di sana dan Jorge menerima banyak tempahan sehingga terpaksa mengehadkan pengambilan tempahan. Katanya,

“Saya dapat banyak reaksi positif dan permintaan juga sangat tinggi sehingga saya terpaksa menolak disebabkan kesukaran dan ia mengambil masa untuk disiapkan.

Jorge1 1

Jorge6

Menutut Mstar, selain menjaga kualiti rekaan, Jorge juga mementingkan kepuasan pelanggannya.

“Tapi paling penting, pelitup muka itu bukan sahaja menampilkan wajah sebenar tetapi turut membawa kegembiraan kepada si pemakai dan orang yang melihat.”

Kat Malaysia dah ada ke yang buat macam ni?

 

Baca : “Tiada yang jatuh sakit” – Sup Unik Kedai Di Thailand, Direneh Lebih 45 Tahun Tak Pernah Buang

Sup4

Sumber: mstar
Sumber: reuters
Sumber: reuters

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.