in

“Unfollow saya kalau…” – Yuna Beri Respon Komen Netizen Tentang Penampilannya

Syaz Ft 2024 08 28T170211.708

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna merupakan penyanyi dan pencipta lagu Malaysia yang menempa nama sehingga ke Amerika Syarikat.

Dia pernah berduet dengan penyanyi antarabangsa seperti Usher, Tyler The Creator dan juga Jay Park.


Artikel berkaitan: Yuna Dedah Pernah Ditempelak Rakan-Rakan Sebab Tak Mahu Jalin Kerjasama Dengan ‘Jenama Z’

Artikel berkaitan: Lagu Dimainkan 70 Juta Kali Di AS, Yuna Dedah Pernah Kena ‘Reject’ Syarikat Rakaman Tempatan

Pun begitu, baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya Yuna berkongsi beberapa komen netizen yang mengkritik penampilannya dengan begitu teruk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Dalam hantaran tersebut, pelantun lagu Dan Sebenarnya itu meluahkan rasa hampanya yang merasakan komen sebegitu bersifat toksik dan tidak membina.

“Satu perkara yang mengejutkan saya ialah meskipun saya sudah berusia 37 tahun dan berkarya dalam muzik selama 15 tahun ialah bagaimana orang dari komuniti saya masih berada di ‘ruang’ saya meninggalkan komen yang menghina serta memberitahu saya apa yang perlu dipakai.

Malah ada juga yang meminta saya untuk menanggalkan tudung saya tanpa memahami apa yang sudah saya lalui,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, Yuna juga meminta jika ada yang tidak suka dengan penampilannya untuk tidak mengikutinya (follow) di media sosial miliknya.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.