Kalau korang tengok AF mesti korang kenal Rich kan? Rich ni kan ada kumpulan sendiri nama Estranged, dorang ni popular dan semua ahli kumpulan berasal dari Sabah. Jadi tak peliklah kan dorang nak tolong negeri asal dorang ni.
Menurut Berita Harian, Estranged nak buat konsert dekat perkampungan di pedalaman Ranau, Sabah, 23 Jun nanti. So, dorang harap dapat kumpul lebih RM40,000 masa tu.
![e7](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/03/e7.png)
Dorang kata nak buat konsert amal kat situ sebab kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak jarang diberikan perhatian especially sebab penduduk situ dah lama hidup without bekalan elektrik.
So, dengan total duit yang dorang target, dorang nak dapatkan bekalan elektrik hidro supaya boleh disalurkan kepada 23 rumah dekat Kampung Sungai Toubang.
“Sebanyak RM25 daripada setiap tiket yang terjual akan disalurkan kepada Lightup Borneo bagi membolehkan mereka melakukan kerja pemasangan hidro elektrik di kampung terbabit, sebelum tiba hari konsert,” kata Rich.
Rich pun bagitau, untuk nak menjayakan lagi matlamat ni, dorang akan tampil dengan dokumentari pasal perkampungan yang dorang nak tolong tu. So, nanti korang boleh tengok dokumentari tu dekat laman sosial Estranged dalam bulan ni.
![e8](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/03/e8.png)
Bukan takat tu je, Estranged pun plan nak buat persembahan jelajah ke pekan kecil pedalaman Sabah dan Sarawak, start bulan Ogos nanti. Dorang siap nak guna trak yang dah diubah suai jadi pentas bergerak.
Sejak berita dorang ni tersebar, ramai yang puji Estranged. Memang baik hatilah dorang ni sebab fikir pasal orang lain. So, ramailah yang komen macam-macam sebab tak sangka dorang ni sanggup nak buat amal macam ni sekali.
![e4](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/03/e4.png)
![e1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/03/e1.png)
![e2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/03/e2.png)
![e3](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/03/e3.png)
Baguslah Estranged! Keep it up!
Baca: “Seindah nama dan akhlak” – Puteri Sarah Dipuji Makan Semeja Dengan Orang Gaji