Tak dinafikan pelajar sekolah pada zaman sekarang di seluruh dunia sedang menghadapi tekanan untuk belajar, apatah lagi disebabkan COVID-19, ramai yang masih belajar secara online.
Jadi, dalam usaha untuk mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah, kerajaan di negara China telah memperkenalkan undang-undang mengurangkan bebanan kerja sekolah, lapor The Guardian.
Dalam undang-undang yang sama juga, kelas tambahan atau tuisyen turut perlu dikurangkan. Ibu bapa perlu pastikan anak-anak mereka dapat waktu rehat yang cukup dengan cara menyusun jadual dengan baik.
Kalau anda nak tahu, sistem pelajaran di China adalah berteraskan peperiksaan sejak dari kecil dan ini menyebabkan ibu bapa sanggup untuk berhabis wang demi memasukkan anak mereka di sekolah yang terbaik.
Difahamkan, udang-undang itu akan berkuatkuasa bermula Januari tahun depan. Selain membantu mengurangkan tekanan pelajar, perlaksanaan undang-undang terbabit diharapkan akan menggalakkan rakyat China untuk melahirkan lebih ramai anak dan sekali gus meningkatkan populasi negara itu.
Selain itu, menurut BBC, kerajaan China juga telah mula mengharamkan peperiksaan bertulis dalam kalangan kanak-kanak enam dan tujuh tahun pada Ogos lalu.
Untuk rekod, China sebelum ini juga telah menghadkan masa untuk kanak-kanak bermain online games kepada beberapa jam sahaja setiap minggu.
Betul jugak apa yang kerajaan dorang laksanakan ni, barulah kanak-kanak ni dapat membesar dengan baik kan.
Sumber: The Guardian, BBC
Baca: Remaja Bawah 18 Tahun Di China Hanya Dibenarkan Main Online Games 3 Jam Seminggu