Kes pembunuhan Mila Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella mengejutkan ramai pihak sehingga ke hari ini.
Hari ini, tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, bagi sebutan semula kes tuduhan membunuh wanita itu, Disember lalu.
Artikel berkaitan: “Apa dosa Bella” – Keluarga Tuntut Keadilan, Mahkamah Kecoh Dengan Jeritan Kakak Bella
Artikel berkaitan: “Tulang paha, betis & keting” – Kakak Arwah Bella Syukur Baki Rangka Ditemui Di Kawasan Penemuan Bella
“Uncle… Uncle… mami mana”
Apa yang menyedihkan, sejurus tertuduh dibawa keluar, anak sulung kepada arwah Bella, Eusof Abdul Fatah bertanya kepada tertuduh di manakah ibunya.
Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak berusia 5 tahun yang mula bersekolah di Johor Bahru itu semalam, kelihatan tenang dan beberapa kali bertanyakan soalan sama terhadap teman lelaki ibunya itu.
Sementara itu, ibu saudara kepada Eusof berkongsi sejak pemergian Bella, anak saudaranya itu kerap bertanyakan mengenai ibunya.
“Dia (Eusof) selalu bertanyakan saya maminya mana, saya beritahu mami itu ‘uncle’ dah bawa dia ‘pergi’. Saya beritahu ‘umi bawa awak jumpa uncle’ nanti awak tanyalah dia.
Sebab itulah, dia secara spontan bertanya hal itu pada Mohammad Haikal. Bila kami dengar pertanyaan itu, kami sayu seketika,” katanya.
Tambahnya lagi, dia sekeluarga turut terperanjat dengan keberanian Eusof bertanyakan soalan itu di khalayak ramai.
Sumber: Harian Metro
